Saturday 9 May 2015

Jika anda menjadi pengetua, apa yang akan anda lakukan?

Baru-baru ini saya telah diberi tajuk dalam satu perbincangan di sekolah tentang tajuk :
- Jika saya menjadi pengetua, saya akan.....

Haha tajuk ni buat saya tergelak, lama lagi kot nak jadi pengetua...(kalau jadi lah dan layak)..by that time..mesti umur saya dah 50++ hehe...

Saya akan:
1- advise my students and teachers to perform Solat Dhuha. Sebab kita tahu yang solat dhuha adalah magnet kejayaan dan magnet rezeki. Semestinya komuniti sekolah inginkan kejayaan baik dalam akademik mahupun kokurikulum. Yang paling penting solat dhuha adalah salah satu cara kita mensyukuri nikmat Allah.

2- saya akan belanja rakan-rakan guru dan pelajar. Mungkin 1 atau 2 bulan sekali. Iyalahhhh gaji besar masa tu...so no problem lah..hehe... Lagipun boleh eratkan silaturrahim. Maklumlah nak jadi pengetua yang penyayang kan... Sebab biasanya orang gerun jugak dengan pengetua. Tak gitu?

3- Saya akan ajak buat trip melancong. Tak kisah oversea atau dalam negara. Cikgu-cikgu tak payah keluar belanja banyak taknak membebankan..sebab pengetua baru ni akan tolong cari sponsor (maklumlah pengetua kan banyak kabel).

Wahhhh dah cukup 3 ni untuk kisah berangan lagi 20 tahun! Hehe

Sekian.


No comments:

Post a Comment