Saturday, 28 February 2015

Quality time with daughter

Dah lama tak buat kek. Husband pun cakap macam tu... haaaa tu maksudnya apa? Entah...hahaha. No comment. So baru-baru ni saya decide nak buat muffin. Apalagi mestilah dengan anak tersayang yang sorang tu... saja suka-suka spend time sama-sama.... anak perempuan kena train masuk dapurlahhh....


Seronok lah dia dapat macam main masak-masak... dapatlah dia letak macam-macam as topping muffin tu... gigih kan nampak...hihi

Anakku nak pergi sekolah!

Tahun ni anak saya Alya masuk umur 3 tahun 2 bulan on January. 
Suddenly one day Alya cakap – mama, Alya nak pergi skul- What? Nak pergi skul dah? Memang la kalau ikut tahun, umur dia 4 tahun.. sebab dia lahir bulan 11. Tapi kalau kira-kira baru 3 tahun.

Okaylah, maybe dia pun excited sebab pengasuh selalu bawa dia hantar anak pengasuh yang lain pergi tadika sebelah rumah pengasuh tu. So Alya dah terbiasa dengan skul tu. Even dah kenal pun dengan cikgu. Then we decided to say- yes, u can go!



Resepi garlic bread yang super senang!

Entry before ni saya ada share cara nak buat mashed potato dan gravy nya.... Boleh baca kat sini... simple je....hehe...
Tak lengkap kalau tak ada garlic bread... kalau makan kat restoren luar mahal jugak garlic bread beberapa ketul je dapat...so buatla sendiri boleh makan banyak-banyak...puas hati...hahah... rasa pun confirm sedap!


Caranya:

Resepi mashed potato

Jom buat mashed potato...senang je...sambil bakar-bakar ayam buat bbq tu..kejap je nak buat ni..



2-3 potato (kalo nak sedap pakai US Russet Potato coz its starchy).
I like boiling potato with skins on - very rustic chewah..
Add a little salt in your boiling water.. potong potato kecik2 so senang lembik.

Penggunaan iPad dalam Pendidikan


Baru-baru ni saya sedang sibuk buat preparation untuk mohon sebagai Apple Distinguished Educator. So saya kena la buat reading sikit. Saya nak share 1 bahan yang bagus saya baca.... so i attached kat sini,....sorry susah sikit nak baca.... but worth reading.... tentang Kelebihan Pengajaran Menggunakan Teknologi Maklumat dalam Pendidikan.

Memerang masuk rumah!

Saya tengah tengok TV sorang-sorang dalam rumah. Sambil-sambil makan tetiba saya dengar bunyi something di living hall depan. Saya pun pergi check depan tu tengok ada apa.  Tapi tak ada apa-apa pun. Then continue tengok TV. Aikk dengar bunyi lagi.  Saya turn kepala tengok depan – saya nampak seekor binatang tengah tengok saya dan saya tengok dia – kami berpandangan sesama sendiri!


Waaaaaa terus saya lari ke dapur. Takut binatang apa tu? Then beranikan diri pergi depan tengok. Ingatkan kucing rupanya memerang!  Kenapa lah masuk rumah ni…ni gerenti sesat… jenuh saya halau-halau keluar tolak dia dengan batang penyapu tapi tak mau keluar… huhu

Permohonan Apple Distinguished Educator..yang kelam kabut!


Saya sedang berhempas pulas (word yang sangat bersungguh-sungguh) untuk mohon menjadi Apple Distinguished Educator (ADE). Saya dapat tahu dalam 3 minggu lepas tentang online application ni…pejam celik pejam celik dah tinggal 5 hari je dari deadline! Aduhhh satu apa pun tak prepare lagi.

Kalau nak mohon jadi ADE kita kena:
  1. Fill up form kat website Apple
  2. Buat essay – Apple bagi 4 questions
  3. Buat 2 minutes video tentang our learning environment with Apple technologies.

Biarlah apa orang nak kata.....

Semalam ada seorang rakan bagitahu saya yang – husband saya tak buat kerja untuk satu future project in our school. Padahal husband saya lah rasanya yang buat lebih kerja daripada orang lain- satu perasaan dan tanggapan yang tak bagus jugak sebab perasan lebih konon buat kerja lebih dari orang lain-

Sebenarnya kenapa saya nak terasa jugak. Tapi iyalah husband kita kot. Cubit paha kanan paha kiri pun terasa. Mulanya memang rasa nak je cari siapa orang yang buat cerita sibuk jaga tepi kain orang tu. Tapi Alhamdulillah I manage to control hasutan syaitan tu. Syaitan suruh saya api-apikan perkara ni….korek-korek lagi cerita daripada orang yang menyampai, siasat, pastu pergi jumpa orang tu. Akhirnya boleh jadi gaduh tu….

Pernah belajar guna iPad dalam kelas?

Wah soalan..hehe…. Saya tak pernah belajar guna iPad dalam kelas masa zaman belajar dulu. Maklumlah dulu memang bukan zaman teknologi…ada pun computer yang segedebok besar tu dalam lab computer sekolah. Then dah masuk matrikulasi baru lah ayah saya beli computer kat rumah sekali dengan internet. Masa tu memang rasa kagum sangat ada internet kat rumah. Pulak tu masa tu zaman chatting.wohoooo….kenal dengan orang dalam dunia chatting tu lah. Itu zaman saya lebih kurang 15 tahun yang lalu. Guna iPad? Tak wujud lagilah…….




Thursday, 26 February 2015

Rambut Gugur Merimaskan, Terutama Wanita Bertudung Ini...

Rambut adalah mahkota kita. demikian kata pepatah. Kerana itu ia harus dijaga. Caranya adalah dengan mengetahui bagaimana perawatan rambut yang baik. Ada ke orang yang tak pernah experience masalah rambut ni? Paling teruk saya experience adalah masa lepas bersalin. Memang banyak sangat rambut gugur..tambah-tambah time sikat..aduhhhh tak sanggup nak tengok. Nasib baik rambut saya jenis tebal so tak delah risau sangat-sangat....cuba rambut nipis...mau susah hati jugak!

Saya pernah terbaca cara rawat rambut gugur - ambil kulit landak, then bakar. Next masak dalam minyak zaitun. Dah siap terus sapu pada rambut selama 8 hari. - Wahhhh gitu sekali petua ni. Soalan cepumas- mana nak dapat landak tu? Nak bakar-bakar bagai....namun...... namun ya.....ini adalah cara tradisional yang guna bahan semulajadi...okaylah tu compared dengan guna syampu (termasuklah saya) yang dah tentu-tentu macam-macam chemical..... Hehe

Okay jom tengok video ni. Pengalaman Puan Maria Awi yang pun turut risau susah hati dengan masalah rambutnya. Bagaimanakah beliau mengatasinya? Jom kita saksikan....

Ubat Chicken Pox Dewasa Sampai Dia Jadi Miss Universe Semula

Pernah kena chicken pox tak? Saya pernah kena - still ingat sampai hari ni- sebab kena masa Hari Raya Aidilfitri masa Form 1 dulu....- nak nangis rasanya- sebab kena masa raya kot! heheh...tapi dikenang-kenang balik memang kelakar pun ada....pengalaman di hari raya...hehe... Saya dan adik saya - kami berdua terbaring je atas katil...hehe

chicken pox


Apakah Chicken pox sebenarnya?

Fadilat Surah Yaasiin

Hari ni hari Jumaat. Alhamdulillah jumpa lagi hari Jumaat untuk minggu ini. Penghulu segala hari. Apa amalan yang anda biasa amalkan pada hari Jumaat? Potong kuku? Attend majlis usrah dengan rakan-rakan? Baca Surah Yaasin la ramai yang kita buat..betul kan….. Alhamdulillah saya start amal baca Surah Yaasiin every Friday night start masa zaman belajar di Matrikulasi dulu… duduk asrama so amalan-amalan rohani ni memang terjaga sikit…hehe….

surah yaasiin


Apa sebenarnya Fadilat Surah Yaasiin ni?

Wednesday, 25 February 2015

Pengurusan masa yang sentiasa tak pernah cukup!

Kenapa saya selalu tak cukup masa?
Ke....orang lain pun sama macam saya?
Ke....orang lain okay je masa cukup 24 jam sehari...saya yang tak cukup masa sebab tak pandai arrange masa? Huhuhu- nangis jap!


         
Saya selalu rasa susah nak bernafas sebab banyak kerja nak kena buat!
Di tempat kerja saya jarang habiskan masa makan di kafe atau keluar makan di mana-mana sebab saya tak nak habiskan masa -mungkin berbual-bual kosong-yang biasanya berakhir begitu dengan rakan-rakan.. saya biasanya beli siap-siap makanan- makan saja di tempat saya sorang-sorang takpun dengan beberapa orang rakan se-geng. Hehe

Sekarang pun saya rasa susah nak bernafas! Saat ini.. Sebab:

Tuesday, 24 February 2015

Performance Drink : Minuman tenaga penuh khasiat!

Zaman sekarang ni memang serba nak cepat dan mudah. Contoh? nak makan pun nak yang cepat-cepat siap macam Mc Donalds, KFC..macam-macam lagi lah restoren makanan segera yang tumbuh seperi cendawan selepas hujan di sekitar kawasan kita. Pagi? berapa ramai yang tak sempat breakfast kan? Sebab nak kejar keluar rumah awal nanti traffic jam nak ke tempat kerja..nak hantar anak ke sekolah dan nursery lagi.... sedangkan breakfast tu sangat penting. Kita orang dewasa bolehlah tahan kalau tak breakfast..tapi kalau saya memang kasihan pada budak-budak yang sekolah rendah tu...huhu....

Mak ayah kena concern bab-bab pemakanan ni...Tak sempat? Mari cuba bagi Meal Shakes untuk breakfast anak-anak sebelum pergi sekolah tu....bagus sangat khasiat nya. Boleh baca di SINI

Selain itu Performance Drink pun sangat sesuai untuk breakfast. Boleh bekalkan tenaga untuk nak start hari yang lebih bersemangat dan bertenaga.

Performance Drink : Minuman isotonik para atlet & angkasawan

Kali ni saya nak share sikit tentang sejarah kejayaan Performance Drink Shaklee. Brand Shaklee lah kan....sebab saya memang kekal setia dengan Shaklee...brand lain saya tak pasti...heheh

Untuk pengetahuan anda, Performance Drink pertama kali dihasilkan pada 1980-an oleh saintis Shaklee dan Universiti Yale untuk membantu projek penerbangan Daedalus (human powered flight programme). Hasilnya penerbangan ini menjadi sejarah penerbangan berkuasa manusia yang terjauh iaitu 72 batu dan masih kekal hingga hari ini.

Herblax selesaikan masalah sembelit!

Siapa yang di sini tak pernah ada masalah sembelit? Mustahil kan?

Paling teruk saya kena sembelit masa mengandung dan dalam berpantang. Memang nangis lah duduk dalam toilet berjam-jam (eh..lama nya?) Jumpa doktor pun dah..tapi doktor tak bagi ubat makan sebab pregnant memang tak dibenarkan. Doktor bagi ubat sapu saja. Then minta saya makan buah prun banyak-banyak. Eh…ke buah plum ye? Hehe

Friday, 20 February 2015

Kelebihan dan Khasiat B-COMPLEX

Pernah consume vitamin B-COMPLEX? Ada yang pernah dan ada yang tak pernah. Jom kita kenali B-COMPLEX.

Secara am nya B-COMPLEX ialah gabungan 8 jenis vitamin - B1, B2, B3, B5, B6, B12, asid folik dan biotin.

Berikut adalah antara manfaat dari vitamin B1, B6 dan B12:

Thursday, 19 February 2015

Masalah Senggugut Teruk Nak Patah Pinggang! Mak Aih, Nasib Dah OK

Senggugut dan kaum wanita memang tak boleh dipisahkan.
Tak pernah kena senggugut? Alhamdulillah....
Saya kena senggugut ni start dari zaman belajar dulu...dah 15 tahun yang lalu pun.... telan panadol tiap-tiap bulan...sakit golek-golek punya....huhu...memang kadang-kadang terjaga malam sebab sakit..dah jumpa doktor tapi doktor cakap - biasa- senggugut- perempuan lain pun kena jugak- huhu.

Actually saya pernah buat entry tentang senggugut ni di SINI. Bagaimana akhirnya saya telah keluar dari kisah kesakitan senggugut ni...- alhamdulillah. Anda patut baca sebab mungkin anda tak kena tapi mungkin adik-beradik ke, kawan-kawan ke, saudara-mara ke ada yang kena senggugut ni so kita boleh share ilmu. Sebab saya sendiri share dengan orang lain. Iyalah kasihan kan..tengok orang lain menanggung sakit......

Nak tambah info tentang cara kurangkan/elakkan senggugut kali ni -

Friday, 13 February 2015

Cara mengawal tekanan darah tinggi

Baru-baru ini salah seorang kawan baik saya telah disahkan mempunyai tekanan darah tinggi. Patutlah dia ambil cuti beberapa hari dan pening sokmo - kalau bahasa orang Kelantan lah. Rupa-rupanya dah ada darah tinggi...mana tak nya dia makan memang selalu and almost every weekend mesti ada sup kambing lah...sup lembu lah...yang freshly from market tu kan kadang-kadang orang tua kata daging tu lah yang boleh sebabkan darah tinggi compared tu frozen meat... Eh yeke?

Teringat seorang kawan baik saya yang lain katanya kalau dah terkena dengan penyakit ni...dah tak boleh nak buat apa...so pesannya jagalah diri kita sebelum terkena....

Bagaimana untuk mengelakkan diri daripada tekanan darah tinggi:

Monday, 9 February 2015

Tekanan darah tinggi - Apa Punca dan Kesannya?

Nenek saya menghidap darah tinggi. Adik-beradik mak saya yang seramai 8 orang, 7 orang darinya pun ada darah tinggi. Mak saya termasuk 7 orang itu. Adik lelaki saya 2 orang khabarnya pun ada darah tinggi masa buat medical check up untuk sambung study beberapa tahun lepas. Saya? Alhamdulillah tidak ada darah tinggi (ataupun belum kena..harap Allah menjaga saya). Takut dengar sejarah keluarga dengan darah tinggi namun faktor keturunan tidak boleh dielakkan. Kena ingatkan diri supaya sentiasa menjaga pemakanan terutamanya.

cara turunkan tekanan darah tinggi


Tekanan darah tinggi ni ataupun nama lainnya is hipertensi adalah penyakit yang dapat dikesan melalui pemeriksaan tekanan darah secara berkala. Jika ia menunjukkan bacaan sistolik 140mmHg atau lebih, dan /atau diastolic 90mm Hg atau lebih secara konsisten…maka sah lah anda penghidap tekanan darah tinggi.

Apa punca tekanan darah tinggi?

Sunday, 8 February 2015

Kehadiran pelajar baru yang AWESOME!

2 hari lepas sekolah kami menerima pelajar Tingkatan 4 yang baru. Excited jugak sebab dapat kenal pelajar-pelajar yang baru dan lebih banyak karakter, perangai dan ragamnya..seperti tahun-tahun sebelumnya.

Yang beza tahun ini sebab pelajar Form 4 ni guna result PT3 yang banyak kontroversi tu sebelum ni. So kalau nak diikutkan nak masuk sekolah ni kena straight A makna 8A PMR tapi based on result PT3 berapa orang sangat la dalam Malaysia ni yang dapat 10A…so syarat minimum nak masuk sini is 6A. Saya menjangka yang mereka ini memang excellent la sebab bukan senang nak dapat A dengarnya untuk PT3 tu. 

Saturday, 7 February 2015

Doa barang hilang

Saya mencari surat beranak anak saya Alya dah 3 hari tapi masih tak jumpa… jenuh saya masuk keluar stor rumah ni. Tapi bagus juga disamping kemas-kemas stor dengan barang-barang masuk pindah 2 tahun lepas. Hehe… 

Kalau tak disebabkan urusan daftar tadika anak mungkin saya pun tak tahu surat beranak dia hilang entah ke mana. Seingat saya last saya nampak surat beranak tu masa buat passport dia 2 tahun lepas….huhuh…mana ya nak cari barang yang dah 2 tahun tak jumpa?

Apabila rakan-rakan di group whatsapp dah bagi macam-macam suggestion tempat cari…akhirnya seorang rakan baik Kak Asma telah bagi saya Doa Hilang Barang. Yang saya tahu cuma istighfar dan selawat banyak-banyak…. Kata Kak Asma selama ni memang dia apply doa ni…. So terus saya baca dengan rendah dan tulus hatinya mohon Allah kembalikan ingatan saya yang semakin uzur ni….