Saya mencari surat beranak anak saya Alya dah 3 hari tapi masih tak jumpa… jenuh saya masuk keluar stor rumah ni. Tapi bagus juga disamping kemas-kemas stor dengan barang-barang masuk pindah 2 tahun lepas. Hehe…
Kalau tak disebabkan urusan daftar tadika anak mungkin saya pun tak tahu surat beranak dia hilang entah ke mana. Seingat saya last saya nampak surat beranak tu masa buat passport dia 2 tahun lepas….huhuh…mana ya nak cari barang yang dah 2 tahun tak jumpa?
Apabila rakan-rakan di group whatsapp dah bagi macam-macam suggestion tempat cari…akhirnya seorang rakan baik Kak Asma telah bagi saya Doa Hilang Barang. Yang saya tahu cuma istighfar dan selawat banyak-banyak…. Kata Kak Asma selama ni memang dia apply doa ni…. So terus saya baca dengan rendah dan tulus hatinya mohon Allah kembalikan ingatan saya yang semakin uzur ni….
Tup-tup Alhamdulillah maghrib petang tu saya tergerak nak tengok dalam almari pakaian saya bahagian bawah pakaian-pakaian yang tergantung. Tiba-tiba saya ternampak surat beranak anak saya…..
Alhamdulillah syukur pada Allah….saya fikir-fikir balik memang tak logik la saya nak simpan barang kat situ….ada ke orang simpan barang bawah pakaian yang tergantung banyak-banyak tu? Ohhh..ada ya…hehe…..
So pesan saya…bolehlah simpan doa ni untuk kegunaan di masa depan dan share dengan rakan-rakan yang lain.
InsyaAllah semoga bermanfaat untuk kita.
No comments:
Post a Comment