Sunday, 8 February 2015

Kehadiran pelajar baru yang AWESOME!

2 hari lepas sekolah kami menerima pelajar Tingkatan 4 yang baru. Excited jugak sebab dapat kenal pelajar-pelajar yang baru dan lebih banyak karakter, perangai dan ragamnya..seperti tahun-tahun sebelumnya.

Yang beza tahun ini sebab pelajar Form 4 ni guna result PT3 yang banyak kontroversi tu sebelum ni. So kalau nak diikutkan nak masuk sekolah ni kena straight A makna 8A PMR tapi based on result PT3 berapa orang sangat la dalam Malaysia ni yang dapat 10A…so syarat minimum nak masuk sini is 6A. Saya menjangka yang mereka ini memang excellent la sebab bukan senang nak dapat A dengarnya untuk PT3 tu. 

Adakah beban mengajar mereka yang pandai ni akan berkurang..sebab mereka pandai? Adakah attitude mereka pun se-excellent akademik mereka? Wah…macam-macam persoalan ya…

Apapun homeroom saya yang baru ni nampak berbeza berbanding sebelum-sebelum ni. Sebab sebelum ni homeroom saya lebih pendiam dan tak banyak sangat menonjolkan diri kecuali untuk beberapa orang saja. Tapi tahun ni nampak lain mereka berani tak malu bercakap depan khalayak walaupun baru 2 hari kenal sesame mereka. 

Alhamdulillah a good start! Saya enjoy bersama mereka (ataupun saya yang lebih positif pada mereka sebab I’m getting older and more motherly than before..hehe)




Selamat datang ke sekolah baru! Semoga Allah memberkati kita sentiasa di sini dalam mencari ilmu yang diredhai Nya…. ayat yang sungguh ke-cikgu-an…hehe.. Wish us luck!


No comments:

Post a Comment