Wednesday, 14 May 2014

Faedah menyusukan anak



Entry ni adalah antara yang paling saya suka tulis!
Sebab bercerita daripada pengalaman sendiri yang memang menyusukan anak secara ekslusif. 
Alhamdulillah rezeki Alya.

Bercerita tentang faedah penyusuan memang banyak dan takkan habis-habis. Kebaikannya
bukan saja kepada anak, tapi juga ibu dan seluruh keluarga! Walaupun masyarakat kita
kurang mengerti tentang kebaikan susu ibu ni, tapi bagi kita yang mengerti ni, tak ada lah
benda lain yang lebih baik dari susu ibu kan.

Ia juga berfaedah dari segi bonding, mesra alam malah menjimatkan!

Berikut adalah faedah dan kepentingan penyusuan ibu yang boleh saya share:

1. Faedah Penyusuan Kepada Ibu Menyusu.

 Mempercepatkan pengecutan rahim. Ibu menyusu
menghasilkan hormon bagi mengecutkan rahim dan
tindakan bayi menghisap susu mengecutkan rahim dan mengembalikannya
kepada keadaan asal, seperti sebelum mengandung. Semasa menyusu,
anda akan rasa kontraksi di bahagian rahim, maknanya rahim anda sedang
mengecutlah tu.

 Menurunkan berat badan. Penyusuan membakar kalori dalam badan ibu dan
membantu menurunkan berat badan dengan cepat. Kalau nak cepat kurus,
susukan bayi anda!

 Mengurangkan risiko penyakit-penyakit seperti kanser buah dada,
osteoporosis, artitis dan sebagainya. Penyusuan juga menyempurnakan ‘kitar
hidup’ seorang ibu yang bermula dengan persenyawaan, kehamilan,
kelahiran dan penyusuan. Macam tak lengkap pula kalau melahirkan, tapi tak
menyusukan. Seperti mengandung tapi tak bersalin, tak best kan.

 Mengurangkan kerisauan pada ibu. Dalam keadaan krisis, samada kemarau
ke, banjir ke, wabak taun ke, ibu tidak perlu bimbang tentang air yang tidak
bersih, kesukaran mendapat FM dan sebagainya.

 Memudahkan. Bayi BF lebih mudah dibawa ke mana-mana. Tidak perlu
menyediakan FM, botol, termos, dan sebagainya. BM juga tidak
meninggalkan kesan pada pakaian, dan najis bayi BF berbau wangi!

 Mengurangkan stess. Kajian menunjukkan bayi menyusu badan kurang
mendapat sakit. Jaga bayi yang sihat lebih menyeronokkan daripada
menjaga bayi yang sakit, kan?

 Peluang menjadi ibu yang boleh memberi anaknya segala yang terbaik. Bayi
baru lahir memerlukan kehangatan, makanan dan kasih sayang. Semuanya
tersedia dalam pakej BF! Bila ibu yakin dapat memberi perlindungan terbaik
pada bayi, ia boleh mengurangkan post-partum depression di kalangan ibu
BF.



2. Faedah Penyusuan Kepada Bayi
 Meningkatkan sistem imuniti.
 Penyusuan ibu bukan saja membekalkan makanan yang
berkhasiat kepada bayi tetapi juga memenuhi kehendak emosinya sebab bayi
dipeluk setiap kali proses penyusuan berlangsung.
 Susu ibu mengurangkan risiko penyakit berjangkit terhadap bayi kerana susu
ibu adalah strile.
 Mengurangkan risiko kematian bayi (SIDS).
 Mengurangkan risiko diabetes, sakit jantung.
 Menguatkan rahang dan mengelakkan jongang.
 Mengandungi protin dan lemak yang tinggi serta mudah dihadam oleh tubuh.


3. Faedah Penyusuan Kepada Bapa
Kita dah lama tahu bahawa penyusuan memberi banyak faedah
kepada ibu dan bayi. Tapi... bapa? Ya! Bapa juga mendapat kebaikan dari
penyusuan ibu.

 Jimat! Biasalah kan, bapa-bapa ni fikirkan beban kewangan bertambah bila
ahli keluarga bertambah. Tapi tidak dengan BF! Seisi rumah dapat berjimat
sebanyak hampir RM2,000 setahun bagi seorang anak. Bagus kan? RM2,000
tu mungkin boleh guna untuk benda lain atau simpan. Ada ke bapa yang tak
suka kalau familinya boleh berjimat sebanyak tu?

 Menjadi ayah yang bangga. Tak banggakah seorang ayah apabila anaknya
tembam, sihat dan cergas dengan susu dari ibunya sendiri? Mungkin dia pula
yang mempromosikan susu ibu kepada kawan-kawannya.

 Tidur yang cukup sepanjang malam. Tiada alasan untuk bergilir-gilir membuat
susu, kerana cuma ibu yang mempunyai payudara untuk menyusu bayi. Dan
bayi BF lebih sihat, jadi tidur bapa tidak terganggu dengan rengekan si manja
yang tidak sihat.

 Jaminan kesihatan dan kesejahteraan sekeluarga. Bayi menyusu badan
memiliki IQ yang tinggi dan kesihatan optimum. Ibu juga terlindung dari
mendapat kanser ovari dan kanser payudara. Jadi bapa tidak perlu risau
akan kesihatan ahli keluarganya! Jimat duit juga tu dari belanja perubatan.




Selain daripada itu ramai yang tanya apa suplemen yang saya ambil untuk menjayakan penyusuan Alya. 
Nombor 1 pada saya adalah ilmu. Kalau tiada ilmu macamana nak buat sesuatu perkara. Jangan ingat menyusukan anak ni mudah dan tak perlu belajar. 
Suplemen hanya membantu tetapi ibu-ibu mestilah bijak jugak ye!

Ahamdulillah Set Penyusuan Susu Ibu Shaklee benar-benar membantu saya.
Terdiri daripada Vita-lea , Alfalfa Complex dan B-complex.

Selain saya memang Alhamdulillah ramai dah berjaya kat luar sana.
Macam ibu-ibu ni:








Nak menyusukan bayi anda jugak & Nak tahu lebih lanjut ?
Call/sms/whatsapp Zila 019 5592717

InsyaAllah saya bantu anda.




No comments:

Post a Comment