Pernah tak anda rasa sakit kepala?
Mesti pernah, kan… Apa yang anda buat untuk kurangkan atau
hilangkan rasa sakit kepala tu?
Sebenarnya terdapat pelbagai jenis sakit kepala dan hampir
setiap orang pernah mengalaminya. Kebanyakan jenis sakit kepala akan hilang
sendiri tanpa mengambil ubat-ubatan, cukup hanya dengan berehat, bersantai dan
menghirup udara segar. Tetapi ada juga yang perlukan ubat-ubatan untuk
membantu.
Punca?
Biasanya kurang tidur, mata yang letih, rasa lapar, fikiran
yang tegang atau terganggu, perasaan was-was, ubat-ubatan, alahan kepada
makanan atau minuman tercemar di udara atau disebabkan cuaca hujan atau panas.
Migrain pula macamana
ye?
Ianya adalah sejenis sakit kepala yang sangat kuat dan boleh
bertahan selama beberapa hari. Saya sendiri ada beberapa orang kawan yang biasa
mengalami migrain. Memang kasihan sangat tengok sebab hingga menjejaskan
aktiviti harian. Saya sendiri masa awal kehamilan dulu setiap petang akan dapat
migrain. Apa yang saya buat? Tutup mata dan muka dengan bantal, pastu baring
dalam bilik gelap sampai tertidur. Alhamdulillah selepas habis fasa awal
kehamilan tu migrain dah takde.
Lazimnya sakit migrain ni melibatkan sebelah bahagian
kepala. Pada peringkat awal sakit ini bermula pada satu kawasan sebesar hujung
jari, tapi kemudiannya merebak dan membabitkan sebelah bahagian kepala. Keadaan
ini boleh berlanjutan sehingga menyebabkan pitam, mudah marah, kadang-kadang
muntah, mata berpinar dan berpeluh.
Punca migrain?
Penyebab migrain yang sebenarnya masih belum diketahui
dengan pasti. Kemungkinan disebabkan perubahan hormon, perubahan sekitaran
secara tiba-tiba, stress, alkohol atau perubahan tekanan udara. Mungkin juga
disebabkan alahan terhadap makanan atau minuman, contohnya keju, coklat, susu
dan monosodium glutamate (MSG).
Scary nye picture ni....huhu
Mengikut Sam Rachmat dalam bukunya Amalan Hidup Sihat kajian
menunjukkan migrain lebih sering terjadi pada wanita. Didapati juga bahawa
kebanyakan penderita migrain mempunyai keribadian yang hamper sama iaitu
mempunyai tujuan pencapaian yang sangat tinggi, terlalu ingin sempurna dalam
pekerjaan, pembelajaran dan berkecenderungan memendam perasaan.
Pada tahun 1987, Harvard University School of Medicine melaporkan terdapat 5 jenis sakit
kepala yang berbahaya sehingga perlu ditangani secara perubatan.
1) Sakit kepala yang kuat disertai demam dan kejang otot
leher. Ini boleh disebabkan oleh meningitis (radang selaput otak)
2) Sakit kepala yang disertai kesakitan untuk berbicara dan
lumpuh.
3) Sakit kepala yang datang secara tiba-tiba dan bertahan
lama.
4) Sakit kepala yang semakin meningkat kesakitannya sehingga
berhari-hari malam bermingu-minggu.
5) Sakit kepala di bahagian belakang kepala terutama pada
waktu pagi, tetapi reda pada sepanjang siang. Ini boleh menandakan terdapatnya
tekanan darah tinggi. So periksalah tekanan darah kita!
Sekiranya anda mengalami sakit kepala dengan ciri-ciri di
atas cepat-cepatlah jumpa doktor. Ini penting untuk pastikan yang sakit kepala
itu tidak ada kaitan dengan penyakit-penyakit yang lain.
Pada tahun 1956, Dr. Forrest C. Shaklee, Sr telah
mencipta multivitamin yang pertama di
dunia. Sehinggalah hari ini terdapat pelbagai suplemen atau makanan tambahan di
bawah jenama Shaklee, termasuklah yang dapat membantu masalah sakit kepala
ataupun migrain.
Ianya terdiri daripada B-complex, Omega Guard dan Vitamin C.
Apa khasiatnya?
Setiap tablet Vitamin C mengandungi 7.5 hidangan sebiji buah
termasuk kulitnya iaitu 500mg. Uniknya Vitamin
C Shaklee adalah jenis ‘Sustained Released Vitamin C’ yang bermaksud pembebasan
Vitamin C secara berperingkat-peringkat ke dalam tubuh kita. Ini berbeza dengan
sesetengah jenama lain yang melepaskan kesemua Vitamin C ke dalam badan kita
sekaligus. Ujian klinikal telah membuktikan Vitamin C di dalam 2 tablet Vitamin
C Shaklee ( di dalam jurang masa 5 jam) mampu kekal di dalam plasma darah kita
selama 24 jam! Di dalam menangani masalah sakit kepala Vitamin C membantu
mengurangkan stress dan keresahan serta masalah berkaitan mental yang menjadi
antara punca migrain.
Omega Guard pula
merupakan minyak ikan ataupun dikenali ramai sebagai fish oil. Berbanding
dengan produk omega lain di pasaran, Omega Guard adalah minyak ikan paling
tulen di dunia yang mengandungi rangkaian spectrum penuh 7 jenis asid lemak
Omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA, ALA dan banyak lagi. Omega Guard membantu
melincirkan perjalanan darah dan ketegangan di leher atau sakit kepala.
Terima kasih juga pada B-complex
yang membantu melawan tekanan dengan memastikan kesihatan fungsi saraf,
sekaligus meredakan sakit kepala, tekanan dan kemurungan.
Kat sini antara mereka yang berjaya kurangkan migrain dengan Shaklee.
Untuk maklumat lanjut berkaitan produk Shaklee ini:
InsyaAllah saya bantu anda J