Thursday 3 September 2015

Rawat DEMAM DENGGI dengan DAUN BETIK

Awal Ramadhan 2015 pasti menjadi ingatan buat saya dan keluarga. Sebabnya suami tersayang ditahan wad di hospital sebab demam denggi. Patutlah demamnya tak kebah-kebah sejak 4 hari yang lalu. Walaupun dah makan ubat jumpa doktor. Malam-malam pun jelum dengan air asam jawa pun tak okey jugak lagi. 

Then, terus bawa ke hospital dan check rupa-rupanya sah kena demam denggi.
Memang kalau dimasukkan ke hospital pesakit denggi akan dimasukkan air. Sebenarnya tiada rawatan spesifik yang diberikan oleh doktor melainkan hanya diberikan air sahaja. Walau bagaimanapun rakan-rakan mengesyorkan supaya kami melakukan rawatan secara tradisional dengan menggunakan daun betik. Sebenarnya kaedah ini dicadangkan oleh doktor kepada rakan saya. Tak salah mencuba kan?

daun betik
Keratan akhbar tentang rawatan demam denggi dengan daun betik

Pemberitahuan daripada Kementerian Kesihatan tentang daun betik sebagai rawatan alternatif  untuk demam denggi                                          


Kaedah inilah yang disyorkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia melalui edaran pampletnya untuk orang awam:


herba daun betik

herba daun betik


Alhamdulillah kesihatan suami semakin pulih. Boleh discharge selepas 4 hari 'berehat' di hospital.

Selamat mencuba!
Semoga kesihatan anda/insan tersayang cepat pulih seperti sediakala. InsyaAllah





No comments:

Post a Comment