Assalamualaikum wbt
Untuk sesetengah ibu bapa selalu susah hati jugak menghadapi kesukaran bagi anak makan kan? Saya sendiri pun sama pernah mengalaminya.. Iya la kita risau dia tak lapar ke? Bila nak makan? Cukup ke makanan yang dia makan tu? Memilih makan... dan..macam-macam lagi senario anak yang kurang selera makan ni...
Saya sebagai ibu seperti anda juga mestilah risau....
Adakah anak anda juga dalam kategori ini?
Monday, 29 September 2014
Saturday, 27 September 2014
Apakah punca masalah kesuburan lelaki?
Berbincang mengenai masalah kesuburan,
ramai menganggapnya sebagai masalah
wanita, sedangkan realitinya hampir 50% masalah membabitkan lelaki, walaupun rata-rata cuba menafikan
hakikat ini.
Bahkan, ada banyak kes masalah kesuburan berpunca daripada suami yang enggan bekerjasama menjalani pemeriksaan, menyebabkan rumah tangga sunyi sepi dan isteri terpaksa berdepan pelbagai tekanan emosi.
Berdasarkan kajian, masalah kesuburan
boleh dipecahkan kepada 20% membabitkan lelaki saja dan 30% membabitkan lelaki
dan perempuan, manakala 15 peratus lagi
pasangan didapati normal.
Ini menunjukkan lelaki menyumbangkan
50% masalah di kalangan pasangan yang
tiada anak.
Masalah kesuburan lelaki boleh
dibahagikan kepada beberapa kategori
iaitu :
Wednesday, 24 September 2014
Menyusu badan : Persediaan semasa berpantang untuk ibu bekerja
Zaman sekarang tuntutan bekerja untuk kaum wanita terutamanya ibu-ibu sangat tinggi. Mana nak cukup kalau suami saja bekerja kan sekarang ni...lainlah kalau suami memang berpendapatan tinggi mampu menyara kehidupan anak beranak temasuk bayar bil-bil yang semakin meningkat tu... Tidak mengapalah...isteri bantu kurangkan beban suami tu pun dapat ganjaran dari Allah swt tu kan..Insya Allah... Lain jugak kalau ibu-ibu yang bekerja dari rumah. Contoh bisnes Shaklee macam saya ni kan...hehe...(Jom join ahli Shaklee dengan saya hehe sempat promote) Ramai je ibu-ibu yang buat bisnes online ni kan...perniagaan itu kan 9 dari 10 pintu rezeki?
Okay untuk ibu bekerja saya nak share Tips Penyusuan Susu Ibu, apakah persediaan yang patut anda lakukan semasa berpantang sebelum kembali bekerja? Bukan senang kan nak menjayakan penyusuan susu ibu ni jika tak kena gayanya....
Okay untuk ibu bekerja saya nak share Tips Penyusuan Susu Ibu, apakah persediaan yang patut anda lakukan semasa berpantang sebelum kembali bekerja? Bukan senang kan nak menjayakan penyusuan susu ibu ni jika tak kena gayanya....
Sunday, 21 September 2014
Please Don’t Cry
Kenapa
kita menutup mata ketika tidur?
Kenapa
kita menutup mata ketika kita menangis?
Kenapa
kita menutup mata ketika kita membayangkan sesuatu?
Kenapa
kita menutup mata ketika kita berciuman?
Kerana
hal-hal terindah di dunia ini biasanya tidak terlihat……
Saturday, 20 September 2014
Sabar itu indah
Menghiasi diri dengan sifat sabar adalah akhlak orang-orang yang mulia dan terpuji. Di dalam hidup yang penuh dugaan dan berliku ini sememangnya bukan mudah. Siang malam kita mencari rezeki memenuhi tuntutan dan keperluan untuk hidup yang tidak mudah...dan Insya Allah pastinya untuk yang utama hidup di alam akhirat yang abadi itu. Bagaimanakah kita menghadapi semua ini?
Saturday, 13 September 2014
Testimoni AJHT : Ubat Sakit Sendi
Apakah AJHT?
Shaklee Advanced Joint Health Tablet (AJHT) ialah satu formulasi proprietari yang menampilkan kombinasi bahan-bahan yang amat berkesan, yang dapat menyokong pergerakan, kelenturan sendi dan fungsi sendi yang sihat. Ia dihasilkan dari ramuan aktif yang bertindak dengan pantas bagi menyokong makanan kesihatan yang diperlukan oleh sendi - sendi.
Shaklee Advanced Joint Health Tablet mengandungi ekstrak unique Boswellia aktif dengan paten tertunda, ekstrak Jagung dan nutrien penting lain termasuk Zink, Tembaga, Mangan dan Vitamin C untuk membantu meningkatkan keselesaan sendi dan pergerakan. Dengan menggunakan tumbuhan dan bahan-bahan berasaskan mineral, Shaklee Advanced Joint Health Tablet ialah formula sayur-sayuran 100%.
10 Kebaikan AJHT
Thursday, 11 September 2014
Senaman adalah ubat!
Bilakah kali terakhir anda bersenam atau melakukan aktiviti
fizikal? Petang semalam?Hmmm..tak ingat dah sebab hari-hari kerja balik lewat
petang..
Bukan senang juga kan untuk orang biasa-biasa terutama macam
saya ni nak melakukan aktiviti fizikal kalau dah lama tak buat. Dulu rumah
dekat dengan Bukit Larut dan Taman Tasik, jalan kaki pun sampai (mestilah jalan
kaki kan…konon bersenam hihi), tapi sekarang ambil masa 15 minit juga nak drive
ke sana (15 minit je kot), so berkira-kira la jugak nak keluar.
Walaupun memang
kita tahu bersenam atau beriadah dan seumpamanya ni memang sangat perlu untuk
kesihatan tubuh badan fizikal dan mental namun ada saja kekangannya. Senang
saja…ajak kawan-kawan, pasangan atau ahli keluarga join mesti kita rasa seronok
sikit..ada teman!
Okay bagaimana prinsip latihan fizikal atau bersenam yang sempurna
dan menyeronokkan?
Wednesday, 10 September 2014
Penyakit Jantung Penyebab Kematian
Kematian sememangnya tidak boleh dielakkan. Pasti anda tahu
bahawa statistik di Malaysia menunjukkan 2 penyebab utama kematian adalah penyakit jantung
dan kanser. Begitu juga di Indonesia menunjukkan kematian tertinggi berpunca daripada penyakit jantung!
Kematian akibat penyakit jantung biasanya berlaku pada mereka yang
berumur 69 tahun ke atas, dan adalah 2 kali ganda lebih kerap di kalangan
lelaki berbanding wanita. Lihat sejarah atau salasilah keluarga kita bagaimana
pula?
Persoalannya…dapatkah langkah-langkah pencegahan
mengurangkan bilangan kematian akibat penyakit jantung?
Sunday, 7 September 2014
Penyusuan Susu Ibu : 5 sebab ibu tak boleh tolak!
Anda baru disahkan hamil? Atau
sedang menanti kelahiran si comel yang telah lama dinanti-nantikan?
So....sedang berkira-kira nak menyusukan sepenuhnya si comel atau campur susu
tin.... Okay....terpulang kepada anda kerana walau apa jua keputusan yang diambil
pastinya telah ditimbangtara dengan baik dan pastinya yang terbaik, kan?
Banyak entry saya berkaitan segala
faedah penyusuan kepada si comel sebelum ini...kali ini jom kita tengok fakta -
kenapa ibu-ibu patut menyusukan si comelnya - yang pastinya membuatkan anda
bulat hati nak menyusukan so comel itu....
Friday, 5 September 2014
Penyusuan Susu Ibu : Adakah yang lebih baik darinya?
Ramai yang tahu kebaikan susu ibu yang memang tiada tolok bandingannya. Di dalam Al Quran juga tertulis dalam Surah Al-Baqarah, Ayat 233 yang bermaksud:
“Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan itu”
Bagaimana susu ibu dikatakan sangat baik?
Subscribe to:
Posts (Atom)