Wednesday, 24 September 2014

Menyusu badan : Persediaan semasa berpantang untuk ibu bekerja

Zaman sekarang tuntutan bekerja untuk kaum wanita terutamanya ibu-ibu sangat tinggi. Mana nak cukup kalau suami saja bekerja kan sekarang ni...lainlah kalau suami memang berpendapatan tinggi mampu menyara kehidupan anak beranak temasuk bayar bil-bil yang semakin meningkat tu... Tidak mengapalah...isteri bantu kurangkan beban suami tu pun dapat ganjaran dari Allah swt tu kan..Insya Allah... Lain jugak kalau ibu-ibu yang bekerja dari rumah. Contoh bisnes Shaklee macam saya ni kan...hehe...(Jom join ahli Shaklee dengan saya hehe sempat promote) Ramai je ibu-ibu yang buat bisnes online ni kan...perniagaan itu kan 9 dari 10 pintu rezeki?

Okay untuk ibu bekerja saya nak share Tips Penyusuan Susu Ibu, apakah persediaan yang patut anda lakukan semasa berpantang sebelum kembali bekerja? Bukan senang kan nak menjayakan penyusuan susu ibu ni jika tak kena gayanya....



Penyusuan susu ibu

1. Semasa di dalam pantang, iaitu sesudah bersalin, berilah bayi minum susu ibu secara eksklusif. Pemberian susu yang kerap, mengikut permintaan bayi (biasanya lebih kurang setiap satu setengah jam ke dua jam sekali), akan meningkatkan pengeluaran susu.

2. Apabila pengeluaran susu sudah stabil lebih kurang 3 minggu sebelum keluar bekerja, berlatihlah memerah susu. (Anda mungkin telah pernah memerah susu sebelumnya terutama semasa payudara membengkak pada hari ketiga atau keempat sesudah bersalin). Waktu perahan yang sesuai adalah pada awal pagi atau pada bila-bila masa anda terasa pengeluaran susu agak berlebihan.

3. Setiap perahan susu haruslah di label mengikut tarikh dan disimpan di dalam bahagian beku peti sejuk. Pada permulaan perahan anda mungkin mendapat susu yang amat sedikit. Janganlah bimbang kerana dari masa ke semasa anda akan dapat menambah jumlah perahan susu anda. Biasanya perkara ini terjadi kerana anda masih belum biasa dengan teknik perahan yang anda pilih dan anda mungkin berasa sedikit tertekan, tetapi lama kelamaan apabila anda telah biasa dengan teknik perahan, anda akan berasa lebih yakin dan tenang, dan seterusnya pengeluaran susu juga akan bertambah.

4. Tentukan siapakah yang akan menjaga bayi anda semasa keluar bekerja. Anda perlu melatih penjaga bayi anda itu dengan kaedah yang betul mengenai cara pemberian susu ibu kerana beliau akan menjadi kunci utama kejayaan pemberian susu ibu kepada bayi, semasa anda keluar bekerja. Jika anda bercadang untuk menghantar bayi ke Pusat Penjagaan Bayi, anda harus pastikan Pusat Penjagaan tersebut mampu untuk meneruskan rancangan pemberian susu ibu kepada bayi anda, jika tidak carilah pilihan yang lain.


Tips menyusu badan


Harapnya tips kali ini dapat membantu anda untuk menjayakan Penyusuan Susu Ibu.

Happy Breastfeeding Mommiesss!!!
Thanks for reading!

Mmuahhhh!
Shaklee Taiping

No comments:

Post a Comment