Sunday, 31 August 2014

Penyusuan Susu Ibu : Mengapa Gagal?

Ramai ibu yang nak BF bayi mereka, tapi tidak berjaya. Ada yang tidak mendapat pendedahan awal, ada yang tidak cukup info, ada yang mendapat info tapi over-confident, dan sebagainya. Saya percaya anda mesti taknak tergolong dalam kumpulan itu kan?

Cuba jangan dengar atau abaikan saja cerita-cerita tentang kegagalan... tentang
kecundang... Benar, semuanya terserah kepada takdir Yang Maha Esa, itu tidak perlu
dipersoalkan lagi. Namun ingat, Allah tidak akan merubah nasib mereka yang tidak
mengubah nasib mereka sendiri. Kalau rasa nak BF tapi tak usaha cari ilmu dan rasa benda
tu mudah, jangan nak kaitkan dengan takdir pula kalau tak berjaya.



Kalau bukan sebab takdir pun, memang dah hukum alam kalau tak buat apa-apa, mana nak datang hasilnya, kan.

Saturday, 30 August 2014

Penyusuan Susu Ibu : Jimatkah? Jom kira!!

Hai uolss…
Ini bukan first entry saya bercerita tentang penyusuan susu ibu (BF), kan? Apa lagi yang best menarik dan tertarik dengan BF ni saya suka? Hehe…

Salah satu sebab untuk anda BF ialah jimat!
Di bawah adalah pecahan belanja untuk membeli FM (formula milk) dan kita boleh bandingkan dengan belanja untuk BF(hahaha…so mathematics class la ye hari ini).

Walaupun ada pendapat mengatakan, belanja untuk BF lebih besar, tapi apa yang dapat membandingkan antara khasiat BM dengan FM? Kajian menunjukkan bayi BF jarang sakit, dan frekuensi dimasukkan ke hospital adalah lebih rendah dari bayi FM.
Perbelanjaan untuk perubatan boleh dikurangkan dengan BF, dan wang tersebut boleh digunakan untuk perkara lain seperti pendidikan dan simpanan.


kebaikan susu ibu


OK lah, memanglah belanja untuk BF lebih besar, kena beli pam segala. Tapi itu semua untuk MASA ITU sahaja. Lepas tu kalau tak rosak, boleh pakai lagi untuk anak-anak seterusnya. Tak luak pun pam susu tu kecuali kalau maknya ganas sangat atau lupa simpan kat mana sampai hilang. Kalau FM? Kalau tak tiap-tiap bulan, tiap-tiap minggu kena beli satu tin besar!

Mari kita kira kos BF dangan FM kalau masih tak dapat terima yang BF ni jimat.

Friday, 29 August 2014

Fungsi dan Khasiat Zinc

Zinc adalah komponen yang penting dalam kebanyakan enzim yang membolehkan badan kita berfungsi, terutamanya dalam metabolism protein, karbohidrat dan lemak. Zinc diperoleh terutamanya daripada haiwan (tiram adalah kaya dengan zinc). 

Anda patut tahu bahawa penyerapan zinc akan berkurangan jika terdapat banyak fitat dalam makanan. Fitat terdapat dalam makanan yang dibuat daripada bijiran penuh (contohnya cornflakes dan koko crunch), oleh itu jika kita makan banyak bahan yang tidak diproses (lebih daripada 2 sudu besar sehari) kita mungkin akan kekurangan zinc. Sebab itulah pengambilan zinc sepatutnya dilakukan sebelum makan.





Di beberapa negara membangun, kanak-kanak yang banyak memakan bijiran penuh akan mengalami kekurangan zinc.

Monday, 25 August 2014

Fahami makna bacaan dalam solatmu

Assalamualaikum hai semua pembaca kesayangan..

Hari ini saya nak share tentang buku yang saya sedang baca...iaitu "Fahami Bacaan Dalam Solatmu". Buku ini ditulis oleh Dr. Ibrahim Hashim, Prof.Emeritus Dato' Dr. Isahak Haron dan beberapa orang lagi pensyarah di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).


A very good book- Fahami Bacaan Dalam Solatmu

Buku ini diterbitkan kerana mengikut kajian hampir 90% daripada pelajar di UPSI tidak dapat memahami erti apa yang mereka baca dalam solat, termasuk surah Al Fatihah. Hmmm..membimbangkan kan? Bagaimana pula dengan anda?

Saturday, 23 August 2014

Gangguan emosi selepas bersalin

Bermula dari peringkat bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa hinggalah mencecah ke usia emas, terlalu banyak perubahan fisiologi dan biologi yang harus dilalui oleh seseorang wanita.


Pakar perunding obstetrik dan ginekologi di sebuah hospital swasta di Kuantan, Dr. Suraya Arshad berkata, perubahan ini biasanya tidak disedari oleh ramai wanita. Sebaliknya, ia lebih banyak dikesan oleh mereka yang hampir dengan wanita terutama pasangan mereka

                         


Menurut beliau, salah satu aspek yang mungkin tidak difahami oleh sebahagian besar wanita, mahupun mereka yang berada di sekelilingnya, ialah emosi seseorang wanita.

Set Bersalin Shaklee : Pengalaman Berpantang Yang Hebat

Assalamualaikum

Hai semua…kali ni saya nak share tentang Set Bersalin Shaklee yang saya gunakan semasa berpantang sebelum ini. Sebenarnya ia dihadiahkan oleh kakak ipar kesayangan saya. Jauh tau dari Johor…pos terus ke Ipoh (ok thanks Gdex jugak heheh)....Aduhhh terharu betul dapat 1 set…pulak tu saya bersalin secara pembedahan..so memang suka sangat sebab luka pembedahan cepat sembuh.

Kelahiran yang tenang dan tidak menyakitkan disusuli tempoh berpantang yang mudah dan penyembuhan yang cepat menjadi impian setiap ibu, kan? Set Bersalin Shaklee pastinya memberikan pengalaman melahirkan yang lebih manis seperti yang dialami oleh saya sendiri dan ramai ibu diluar sana. Wahhh ayat serius betul…. Hehehe..tapi memang betul lah kan?

Untuk pengetahuan pembaca kesayangan semua, 

Set bersalin Shaklee terdiri daripada :

Friday, 22 August 2014

8 soalan popular tentang Shaklee Advance Joint Health Tablet (AJHT)

1.      Apakah AJHT?

AJHT ialah satu formulasi istimewa Shaklee yang mengandungi kombinasi bahan-bahan yang amat berkesan untuk menyokong pergerakan, kelenturan sendi dan fungsi sendi yang sihat.


cara kurangkan sakit sendi
Advance Joint Health Tablet (AJHT) Shaklee


2. Siapakah yang perlukan AJHT?

Sunday, 17 August 2014

Set Bersalin Shaklee – 10 Soalan-soalan popular yang anda selalu nak tahu!


1. Bila Saya Boleh Mula Ambil Set Bersalin Shaklee?
Set ini boleh dimakan terus selepas bersalin. Ini berbeza dengan sesetengah set bersalin yang lain yang perlu tunggu beberapa hari.

2. Kalau Anak Kuning (Jaundice), Boleh Ke Saya Teruskan Dengan Set Bersalin Shaklee?

Saturday, 16 August 2014

Kontraksi sebelum kelahiran : Kontraksi sebenar vs kontraksi palsu

Hai pembaca kesayangan semua..
Jom kita tambah ilmu hari ini tentang kontraksi sebelum kelahiran.

Apakah kontraksi?

Kontraksi sebenarnya adalah pengecutan rahim yang merupakan perkara utama yang menjadi petanda awal sebelum proses kelahiran bermula.  Apabila tiba masanya, rahim yang merupakan organ reproduktif wanita akan mengalami kontraksi bagi membolehkan janin dikeluarkan semasa kelahiran.  Lazimnya pengecutan rahim akan bermula daripada bahagian atas rahim dan seterusnya merebak ke bahagian bawah menuju ke arah pangkal rahim. Ia akan berulang-ulang kali secara kerap.


Sememangnya wanita yang pertama kali hamil akan mengalami kekeliruan untuk mengetahui sama ada  kesakitan yang dialami ialah kontraksi palsu atau sebenar.

Tuesday, 12 August 2014

6 mitos penyusuan susu ibu

Assalamualaikum semua pembaca kesayangan..

Hal-hal berkaitan penyusuan susu ibu memang sentiasa mendapat perhatian ibu-ibu kan? Ibu-ibu memang seharusnya mencari ilmu untuk menjayakan penyusuan ni..bukan suatu perkara yang mudah tau..


Walau bagaimanapun bukan semua ibu berjaya menyusukan bayi mereka...baik 2 tahun..1 tahun..6 bulan...malah ada yang dalam pantang dah gagal..Adakah anda diluar sana pernah mengalami nya juga? Saya pasti anda berasa sedih kan Siapa la yang taknak menyusukan bayi mereka yang dah dikandung selama 9 bulan tu kan?



Adakah anda pernah bertanyakan soalan ini atau terfikir tentang hal-hal dibawah ini? :

 “Saya tidak mahu payudara yang kendur!”