Tuesday, 12 August 2014

6 mitos penyusuan susu ibu

Assalamualaikum semua pembaca kesayangan..

Hal-hal berkaitan penyusuan susu ibu memang sentiasa mendapat perhatian ibu-ibu kan? Ibu-ibu memang seharusnya mencari ilmu untuk menjayakan penyusuan ni..bukan suatu perkara yang mudah tau..


Walau bagaimanapun bukan semua ibu berjaya menyusukan bayi mereka...baik 2 tahun..1 tahun..6 bulan...malah ada yang dalam pantang dah gagal..Adakah anda diluar sana pernah mengalami nya juga? Saya pasti anda berasa sedih kan Siapa la yang taknak menyusukan bayi mereka yang dah dikandung selama 9 bulan tu kan?



Adakah anda pernah bertanyakan soalan ini atau terfikir tentang hal-hal dibawah ini? :

 “Saya tidak mahu payudara yang kendur!”



Yang sebenarnya, penyusuan susu ibu membantu anda kembali kepada bentuk badan
asal dengan lebih cepat. Wanita yang payudaranya kendur selepas bersalin menyalahkan
penyusuan susu ibu sedangkan hakikatnya ia disebabkan oleh faktor usia yang meningkat dan graviti.

“Penyusuan susu ibu menyusahkan.”
Penyusuan susu ibu sebenarnya memudahkan anda. Anda tidak perlu membawa peralatan,
tidak perlu risau tentang bekalan susu, penyimpanan atau penyediaan susu. Tambahan lagi,
penyusuan susu ibu boleh dilakukan pada bila-bila masa,di mana-mana sahaja dan ia tidak melibatkan kos!

“Kenapa perlu susukan bayi sedangkan saya akan kembali bekerja?”
Dengan ilmu yang dipelajari baik daripada blog (termasuklah blog saya ni hehe), buku-buku,majalah sudah pastinya banyak tips penyusuan untuk ibu bekerja boleh diperoleh. Percayalah ianya mudah, memuaskan hati dan berbeza daripadaapa yang anda fikirkan. Ia praktikal!

“Penyusuan susu ibu mudah. Apa lagi yang hendak dipelajari?”
Penyusuan susu ibu memang semulajadi dan mudah tetapi ia juga satu kemahiran yang perlu
dipelajari. Dengan belajar, anda boleh lebih bersedia dan tidak mudah mengalah apabila timbul masalah.

“Menyusukan bayi? Jangan haraplah.Tidakkah ia menyakitkan?”
Hakikatnya, pada awalnya anda mungkin rasa sedikit bengkak. Akan tetapi, ia akan hilang
selepas beberapa hari. Jika anda rasa sakit, ini mungkin disebabkan bayi tidak menghisap puting dengan betul.

“Tapi wanita yang berpayudara kecil tidak boleh menghasilkan susu yang mencukupi!”
Wanita yang berpayudara kecil boleh menghasilkan susu yang mencukupi. Saiz payudara
dipengaruhi oleh tisu lemak manakala penghasilan susu bergantung kepada saiz kelenjar mamari di dalam payudara. Kelenjar mamari adalah sama tanpa mengira saiz payudara. 


Apabila anda sudah membuat keputusan untuk menyusukan bayi, dapatkanlah semua
maklumat tentang penyusuan susu ibu.

Hopefully entry ini dapat sedikit-sebanyak membantu meleraikan salah tanggapan
anda terhadap penyusuan susu ibu. Banyak lagi tips-tips hebat tentang penyusuan susu ibu yang saya telah saya share dan akan share bersama anda selepas ini....

Thanks for reading



Dapatkan SET PENYUSUAN SUSU IBU SHAKLEE yang pastinya membuatkan susu melimpah ruah.
Ramai yang telah berjaya... kini giliran anda pula!

Contact Zila 019 5592717 untuk sebarang pertanyaan.





No comments:

Post a Comment