Monday, 25 August 2014

Fahami makna bacaan dalam solatmu

Assalamualaikum hai semua pembaca kesayangan..

Hari ini saya nak share tentang buku yang saya sedang baca...iaitu "Fahami Bacaan Dalam Solatmu". Buku ini ditulis oleh Dr. Ibrahim Hashim, Prof.Emeritus Dato' Dr. Isahak Haron dan beberapa orang lagi pensyarah di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).


A very good book- Fahami Bacaan Dalam Solatmu

Buku ini diterbitkan kerana mengikut kajian hampir 90% daripada pelajar di UPSI tidak dapat memahami erti apa yang mereka baca dalam solat, termasuk surah Al Fatihah. Hmmm..membimbangkan kan? Bagaimana pula dengan anda?
Termasuk dalam yang selebihnya 10% itu? Ataupun termasuklah dengan saya yang 90% itu? Sejujurnya saya memang tidak 100% faham apa yang saya baca dalam solat. Maksud Al Fatihah pun tak 100% ingat. Aduhhh...malunya pada Allah SWT....

Walau bagaimanapun sebagai seorang muslim yang baik kita mestilah berusaha untuk mempertingkatkan kualiti solat kita hari demi hari....dan salah satunya.....dengan memahami makna bacaan solat itu sendiri...supaya solat kita lebih khusyuk dan bermakna….

Phewww Alhamdulillah…..and that's why lah I bought this book and want to share it with all of you so that maybe you can have it too.

Apa yang menarik dengan buku "Fahami Bacaan Dalam Solatmu" ini?

Buku ini mengandungi terjemahan dari bahasa Arab ke dalam bahasa Malaysia secara per kata, secara frasa dan secara keseluruhan sesuatu surah atau doa yang dibaca. Ia terbahagi kepada 13 bab dan terdapat latihan-latihan di dalamnya. Ini yang saya paling suka! 

Kita dapat mengetahui makna setiap perkataan, frasa dan ayat dan menguasai dan mengingati makna yang kita baca dengan melakukan latihan-latihan yang disediakan. Menarik kan?

Contoh latihan seperti ini:

                                 

   

                     Sebelum ni memang kita (termasuklah saya) selalu tidak mempunyai masa untuk membaca apatah lagi membuat latihan seperti ini… Ohhh tak tahulaa ini alasan atau apa..Huhuhu… So apa yang saya praktiskan adalah menggunakan waktu antara maghrib dan isyak. Selepas mengaji Al Quran bolehlah buat latihan buku ini…tidak mengapa kalau sedikit saja dapat buat..itu kan lebih baik daripada tidak dapat apa-apa?

                 Ooohh yaa kalau kita orang perempuan ni kan ada masa cuti kan…hihi….so…gunakanlah masa yang sepatutnya kita bersolat itu dengan mempelajari buku ini. Tadaaaaa……..bijak kan? Yalah kan…daripada kita tengok tv drama waktu maghrib tu….. Hihi…opsss!!

           Dan…dan…jangan cakap ‘I dah tua la…lambat sikit nak faham belajar-belajar ni’ ataupun…. ‘alamak…buku yang banyak tu pun tak sempat nak baca’… Hahaha ok fine…whatsapp ada banyak grup…boleh pulak active berjam-jam sembang…Opsss sorry again….Heheh…. Okay nak cepat faham ataupun lebih konsentrasi boleh ambil B-complex, Omega Guard dan Meal Shakes..of course la Shaklee kesayangan ku… (saya kan pengguna dan pengedar tegar Shaklee…order saja dari saya hehe)

                     Bagaimana pula dengan anda…pasti ada buku yang menarik dan bermanfaat untuk dikongsi…jom share disini….. Ohh yaa kalau anda susah nak jumpa buku ini…anda boleh contact saya Zila 019 5592717. Insya Allah I will help you to get one….


                       


Semoga kita menjadi insan yang lebih baik setiap hari.... 
Insya Allah… Jumpa lagi..mmuaahhh

Sekian dari kelas agama hari ini.... 



2 comments: