Saturday, 13 December 2014

Kisah Ibu Bayi Pramatang :Ia Memang Mencabar, Apa Yg Perlu Buat?

Apakah perasaan anda apabila melihat gambar ini?



Melihat bayi ditempatkan di dalam balang khas berkaca (inkubator) dengan wayar berselirat di sekeliling badan menjadikan perasaan seorang ibu yang melahirkannya resah sepanjang masa. Masakan tidak, impian untuk melihat anak yang dikandung lahir normal dan sihat seperti bayi-bayi lain pastinya musnah apabila kandungan yang dijaga tidak sempat mencecah usia 40 minggu.

Jika dilihat pada statistik yang dikeluarkan pada 3 Mei 2012, kira-kira 15 juta bayi pramatang dilahirkan setiap tahun. Angka tersebut melebihi satu daripada 10 kelahiran di seluruh dunia.
Menurut anggaran mengenai fenomena itu, sebanyak 1.1 juta bayi pramatang dilahirkan tidak dapat diselamatkan. Jika hidup sekali pun, mereka berdepan dengan masalah ketidakupayaan dalam jangka panjang.

Berdasarkan satu laporan yang dikeluarkan pada tarikh yang sama, kebanyakan bayi pramatang dilahirkan di Afrika dan Asia.

Di Malaysia, suku daripada jumlah kelahiran pramatang yang terjadi sehingga kini tidak dapat dikesan punca dan sebabnya. Walaupun tidak mempunyai statistik lengkap mengenai kelahiran pramatang di Malaysia tetapi menurut statistik kelahiran bayi pramatang yang paling banyak yang berlaku di negara ini adalah dalam lingkungan 35 hingga 37 minggu.

Kelahiran pramatang sebenarnya bermaksud bayi yang dilahirkan bawah 37 minggu.
Biasanya wanita akan hamil sehingga tempoh penuh iaitu 40 minggu. Sekiranya kelahiran berlaku tiga minggu awal daripada 40 minggu ia dianggap sebagai pramatang. Bayi pramatang ini juga boleh dikategorikan mengikut kumpulan di mana bayi yang lahir dalam 28 minggu dan ke bawah mereka dikenali sebagai pramatang ekstrem.

Untuk kes ini, bayi dilihat berpeluang untuk hidup tetapi sekiranya bayi lahir di bawah 24 minggu peluang untuk hidup amat tipis. Namun begitu kita harus tahu bahawa kelahiran pramatang tidak bersangkutan dengan keturunan tetapi ibu-ibu hamil dinasihatkan agar mendapatkan maklumat lengkap mengenai kelahiran pramatang ini di mana-mana hospital yang berdekatan.

Ini adalah sebagai langkah persediaan di samping mengetahui apa yang perlu dilakukan sekiranya perkara tersebut berlaku dalam kehidupan kita.

Tonton video ini untuk mendengar pengalaman Puan Hidayah 
 menjaga dan menyusu bayi pramatang nya.


Menyusu Anak Pramatang Memang Mencabar, Apa Yg Perlu BUAT? from iReach HD on Vimeo.

Jika anda adalah salah seorang ibu yang melahirkan bayi pramatang, janganlah terlalu risau kerana pada pendapat saya apa yang penting, Allah telah memberikan kita kesempatan untuk melahirkan seorang lagi insan ke dunia ini. Pasti ada hikmah dari Nya disebalik ketentuannya.  Jangan patah semangat dan terus berusaha demi anda dan juga bayi anda! Insya Allah besar ganjaran pahala untuk anda.

Banyakkanlah berdoa dan bersedekah:

Surah Al-Imran:38
“Ya Allah kurniakanlah dari sisimu zuriat keturunan yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar permohonanku”

Semoga Allah merahmati kita semua.





Amin

With love,
Mama Alya

No comments:

Post a Comment