Monday, 23 December 2019

Tips MELANCONG ke Switzerland dan Tempat WAJIB Pergi

Alhamdulillah saya sekeluarga baru kembali dari Switzerland setelah 2 minggu berada di negara orang. Seperti biasa saya lah travel agent nya haha...sebab saya memang suka nak buat itinerary sendiri dan lebih fleksibel berbanding pakej pelancongan di luar.
Saya pergi bersama suami dan anak  berusia 8 tahun. Kami pergi dan balik dengan Qatar Airways daripada KL dan transit di Doha. Perjalanan lebih kurang 8 jam dan daripada Doha ke Zurich selama 6 jam. Penerbangan balik, saya ambil daripada Milan Italy juga transit di Doha sebelum sampai ke KL.

Peta perjalanan - Zurich-Lucerne-Interlaken-Milan

Tips travel jimat kos di Switzerland :


1. Swiss travel pass


Saturday, 26 January 2019

Cara rawatan HFMD, InshaAllah cepat dan berkesan!

Assalamualaikum,
Pengalaman anak saya telah dijangkiti penyakit HFMD (penyakit tangan, kaki dan mulut) baru-baru ini adalah sesuatu yang baru untuk saya. Terkejut juga kerana sebenarnya kami sekeluarga ingin bercuti. Alahai macamana nak berjalan kalau ada HFMD. Kesian pulak kalau terkena jangkitan ni pada anak orang lain. Dalam masa 3-4 hari  tersebut saya telah 'berusaha sedaya upaya' untuk memastikan anak saya bebas HFMD.


Pada hari pertama terdapat sekitar 7-8 biji bintik kecil di tapak kaki dan tapak tangan. Setelah hari ke-empat bilangan tersebut memang berkurang ke 2-3 biji sahaja. Dan doktor telah mengesahkan ianya telah berkurang dan tidak serius...dan alhamdulillah kami pun bolehlah pergi berjalan seperti yang dirancang.

InshaAllah di sini saya ingin kongsikan cara rawatan yang telah saya lakukan untuk anak:

Thursday, 19 July 2018

Pengalaman IUI yang pertama

Assalamualaikum
Hi all

Alhamdulillah 2 hari lepas saya telah berjaya menjalani prosedur IUI. Untuk pengetahuan, IUI adalah singkatan kepada intrauterine insemination. Memang kita akan rasa nervous sekiranya ini adalah prosedur IUI yang pertama. Saya pun begitu juga, macam-macam blog dan video di Youtube yang saya tengok sebelum tu. Tak kurang juga, saya bertanya pada rakan yang pernah menjalaninya sebelum ini.


pengalaman IUI


Bilakah IUI boleh dijalankan?
Berdasarkan pengalaman, saya hanya menjalani IUI setelah beberapa tahun mencuba untuk mendapatkan anak yang kedua. Saya memang telah berjumpa pakar sakit puan dan diberi makan clomid sejak beberapa tahun lepas. Walaupun begitu, bukanlah secara berterusan consume clomid tu kerana ikut mood saya juga ada on off berjumpa doktor. Hehe. Lagipun consumption clomid ada had dan tak boleh berterusan. IUI biasanya dijalankan antara hari ke-12 hingga ke-16 cycle.
Peratus peluang untuk mendapatkan zuriat melalui IUI sekitar 35% (doktor saya cakap) dan lebih rendah berbanding IVF. IUI lebih murah lebih kurang RM 1 ribu (di hospital saya pergi) berbanding IVF kosnya lebih daripada RM 10 ribu.

Wednesday, 3 February 2016

Tips goodie beg/cenderahati majlis hari jadi: Apa nak letak dalam tu?

Selalu kita tercari-cari atau terfikir-fikir apa nak letak dalam goodie beg untuk majlis-majlis keraian yang kita sambut. Betul kan?

Ini adalah idea yang biasa untuk orang kebanyakan macam saya (hehe) letak di dalam goodie beg untuk birthday celeberation anak saya:

Friday, 11 December 2015

10 KEBAIKAN VITAMIN C SHAKLEE!

Vitamin C adalah larut dalam air dan termusnah apabila dimasak terlalu lama - hampir separuh kandungan vitamin C akan hilang dan makanan pun jadi lembik.

Tubuh mengandungi simpanan vitamin C yang cukup untuk 2 hingga 3 bulan - itupun jika ambil kira-kira minimum 30 mg vitamin C setiap hari iaitu bersamaan 1 biji oren. Wanita hamil dan penghisap rokok pula perlukan minimum 60 mg sehari. Sebilangan pesakit yang telah dibedah memerlukan 2 kali ganda jumlah vitamin C kerana penyerapan vitamin mungkin berkurangan dan pemulihan dari kecederaan atau pembedahan perlukan lebih vitamin C.

Persoalannya - adakah tubuh badan kita mempunyai kadar vitamin C yang cukup?  Dengan gaya hidup dan corak pemakanan kita sukar untuk memastikannya.

Thursday, 10 December 2015

Vitamin Shaklee atasi sakit sendi tulang dan osteoporosis!

Kalsium sangat penting untuk menguatkan tulang. Sehingga usia 30 tahun bagi wanita dan lebih lewat bagi lelaki, lebih banyak tulang dibentuk daripada hilang setiap tahun, dengan syarat anda sihat dan memakan diet yang kaya kalsium! Kerana ini akan membentuk tabung tulang anda selepas berusia 30 tahun.

Mengapa wanita lebih terdedah untuk mendapat osteoporis?
Kerana paras hormon estrogen menurun apabila meningkat usia.  Apabila wanita putus haid, ovari tidak lagi mengeluarkan hormon estrogen untuk melindungi kehilangan tulang.

Bilakan masa yang paling tepat untuk mencegah osteoporosis? Jawapannya - semasa remaja!

Tuesday, 8 December 2015

Menu Hari Jadi Popular & Simple untuk kanak-kanak!

Assalamualaikum wahai parents semua...

Sedang merancang menu untuk sambutan hari lahir si kecil anda?

Ini adalah antara menu yang boleh dipertimbangkan oleh anda: