Saturday, 26 January 2019

Cara rawatan HFMD, InshaAllah cepat dan berkesan!

Assalamualaikum,
Pengalaman anak saya telah dijangkiti penyakit HFMD (penyakit tangan, kaki dan mulut) baru-baru ini adalah sesuatu yang baru untuk saya. Terkejut juga kerana sebenarnya kami sekeluarga ingin bercuti. Alahai macamana nak berjalan kalau ada HFMD. Kesian pulak kalau terkena jangkitan ni pada anak orang lain. Dalam masa 3-4 hari  tersebut saya telah 'berusaha sedaya upaya' untuk memastikan anak saya bebas HFMD.


Pada hari pertama terdapat sekitar 7-8 biji bintik kecil di tapak kaki dan tapak tangan. Setelah hari ke-empat bilangan tersebut memang berkurang ke 2-3 biji sahaja. Dan doktor telah mengesahkan ianya telah berkurang dan tidak serius...dan alhamdulillah kami pun bolehlah pergi berjalan seperti yang dirancang.

InshaAllah di sini saya ingin kongsikan cara rawatan yang telah saya lakukan untuk anak:


1. Jumpa doktor secepat mungkin untuk mengesahkan jangkitan HFMD.


2. Rendam daun semambu bersama air kunyit.

Kemudian jemur di luar rumah waktu pagi untuk mendapat panas matahari selama 2 jam. Ini petua orang tua, saya pun tak pasti kenapa, so saya ikut saja hehe. Daun tu di ramas-ramas sebelum direndam. Mandikan 2 kali sehari.


3. Sapu lotion Herbal Blend Shaklee.

Selepas mandi mesti sapu di kedua belah tangan dan kaki.
Antara kebaikan Herbal Blend adalah ianya sangat baik untuk menghilangkan parut, melembutkan kulit kasar, menghilangkan kulit gatal dan ruam kulit. So, memang cream yang sesuai untuk disapu.



4. Minum jus buah banyak. Saya buat sendiri jus buah campuran epal, oren dan carrot.






5. Buat aiskrim buah

Jus buah buat sendiri dan bekukan. Aiskrim melegakan sakit dan pedih dalam mulut sebab ulser. Saya buat sendiri aiskrim jus buah sebab aiskrim yang dijual diluar mengandungi gula yang mungkin tinggi dan tidak baik untuk kesihatan anak kita.



6. Mulut sembur dengan Aloclair Plus Spray. Doktor recommend guna spray ni untuk kanak-kanak sebab kurang sakit berbanding sapu gel.


7. Beri anak makan suplemen Shaklee iaitu Omega Guard dan Vitamin C.

Omega Guard dan Vitamin C boleh meningkatkan sistem imun anak. Anak saya consume Vitamin C Sustained Release. Tahukah anda, sebiji Vitamin C ini adalah sama khasiatnya dengan 7 biji buah oren?


vita C plus





8. Minum madu daripada Qaseh Gold

Anak saya memang consume hari-hari sebelum pergi sekolah, so saya telah double kan pengambilan supaya imunisasi nya meningkat dan meningkatkan tenaga. Madu Qaseh Gold Junior sangat baik sebab ia mengandungi pelbagai sumber makanan yang sangat berkhasiat iaitu badam, bayam, kurma, madu, kismis, delima, minyak zaitun, ginko, buah tin, garam bukit, habbatus sauda, air zam-zam, za'faran, gam arab, pegaga dan kalsium ikan. 






Semoga petua ini bermanfaat untuk ibu bapa semua.
Yang penting, berdoalah semoga anak kita cepat sembuh dan kita dapat mengharunginya dengan baik. 
Bukankan ujian itu tanda kasih sayang Allah kepada hamba Nya?


Love,




Mama Alya


No comments:

Post a Comment