Friday, 31 October 2014

Day 3 : Part 1 : Melawat Ho Chi Minh City

Day 3 : Part 1 
Mekong Cruise

Seawal 7.30 pagi selepas breakfast seperti semalam, kami semua berkumpul di depan hotel menunggu tourist guide kami Dominic untuk membawa kami ke Mekong River. 
Jap nak posing untuk Day 3 trip....heheh


Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam..fuhhh jauh jugak rupanya....dan dalam perjalanan yang panjang tu kita akan tengok pemandangan macam di utara semenanjung Malaysia...sebab sawah padi terbentang luas. Ada lembu kerbau...heheh..iyalahhh Asia Tenggara kan...macam ni lah keadaannya lebih kurang saja....kereta memang tak banyak macam di Malaysia lah sebab kat sini Dominic cakap nak beli kereta atau motor kena bayar cash. Tiada istilah hutang ye...loan bank? Oh enggak ada dong!! Ha....sebab itulah rakyatnya hanya mampu beli motor saja...sesiapa yang beli kereta tu kiranya orang kaya lah kiranya di sini.. So kalau kita duduk di Vietnam macamana? Mampu tak beli kereta dengan tunai based on duit makan gaji tu?*huhuhu...nangis jap*

Wednesday, 22 October 2014

Day 3 : Part 2 : Melawat Ho Chi Minh City

Day 3 : Part 2

Next destination after Mekong Cruise....Saigon Central Post Office. Pejabat pos ini terletak di tengah-tengah bandar Ho Chi Minh dan bertentangan dengan Notre Dame Cathedral. Ia dibina pada 1886 hingga 1891. Apabila masuk saja pejabat pos ni rasa seolah-olah berada di zaman lama sebab rekaannya yang klasik lagi bersejarah. Ada peta dilukis di dinding-dinding. Begitu klasik sebab itulah ia menjadi tarikan pelancong di Ho Chi Minh City ni. Pejabat pos ni masih beroperasi hingga hari ini. So...bolehlah kalau nak pos surat ke Malaysia ye! Hehehe...

Tempat menarik di ho chi minh

Tuesday, 21 October 2014

Day 2 : Part 2 : Melawat Ho Chi Minh City

Day 2 : Part 2 

Selepas lunch Satay House di tengah bandar, then kami pun dibawa ke Kedai Kain Haji Basiroh. Memang cakap melayu la diorang ni rupanya....memang target Malaysian. Dah yang barang-barang dijual tu..telekung...tudung...kain-kain pasang...baju melayu...dah tak kan lah orang vietnam nak pakai ni semua....diorang bukannya Muslim..so senyum la diorang tengok Malaysian masuk kedai..heheh... Tak lama pun singgah kedai tu sebab nak pergi tempat lain...okaylah sempat beli dress anak Rm 20...layanlah....

Next destination is War Remnants Museum.


                                              War remnants museum



Sunday, 19 October 2014

Day 2 : Part 1 - Melawat Chu Chi Tunnel, Vietnam

Hari ke-2 di Ho Chi Minh City

Pagi-pagi setelah siap breakfast kami semua berkumpul di depan hotel penginapan, Kingston Hotel untuk ke Chu Chi Tunnel. Alhamdulillah hotel ini memang menyediakan makanan halal untuk pengunjung Muslim..memang sah lah ramai sangat pengunjung dari Malaysia kan? hehe... So jika anda ingin ke Ho Chi Minh Kingston Hotel adalah pilihan yang tepat. Lagipun ia terletak di tengah-tengah bandar senang dan dekat saja nak ke Bent Thant Market dan Bent Thant Night Market. Restoren halal pun banyak juga.

Okay setelah lebih kurang 1 setengah jam perjalanan dengan van maka kami pun sampai ke Chu Chi Tunnel yang terletak lebih kurang 70 km dari Ho Chi Minh City. 



tempat menarik di vietnam
Posing dulu depan hotel sebelum masuk terowong hehe

Saturday, 18 October 2014

Testimoni berhenti merokok Shaklee

Alhamdulillah dan tahniah! Kerana anda memilih untuk berhenti merokok. 
Memang pun kita maklum yang memang telah difatwakan merokok itu haram seperti yang telah termaktub dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa, Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam Malaysia kali ke-37.


tetsimoni berhenti merokok

Saya percaya memang ramai orang terdekat dengan kita yang merokok..baik diri sendiri, suami tersayang, ibu bapa, adik-beradik, suadara-mara mahupun rakan sekeliling. Malahan budak-budak sekolah pun ramai yang merokok kan...yang sekolah rendah pun ada! Menakutkan kan?

Namun begitu, memang ramai juga yang terdetik untuk berhenti merokok...walaupun ada terdetik sekejap nak stop. Saya percaya bukan mudah...orang cakap bolehlah...diri perokok saja yang tahu..Iyalah..siapa yang tak sayang diri..anak bini kan?

Saya nak share antara testimoni pengguna yang alhamdulillah telah berjaya bebas daripada belenggu rokok dengan Shaklee.

Tips Berhenti Merokok Berkesan dari Dr. D. M. Viskers

Tak nak merokok lagi dah? Alhamdulillah baguslah..merokok tu salah satu perbuatan yang sia-sia dan sangat membahayakan kesihatan perokok dan orang sekeliling. Semua orang maklum akan hal ini..tapi mengapa ye mereka tetap merokok? Entahlah..hanya perokok saja yang tahu…Bukan senang sebenarnya nak berhenti merokok...kita orang yang tak merokok ni tak faham..yang faham hanya mereka saja (so motivational kan? hehe)

merokok membahayakan kesihatan

Okaylah untuk anda yang merokok dan benar-benar bersedia untuk berhenti merokok, saya telah terbaca Dr. D.M Vickers mengemukakan satu kaedah terbaik. Kaedah ini di bahagikan kepada 3 tahap dan hanya mengambil masa 3 bulan.

Kesan asap rokok! Jangan merokok di depan anak saya!!

Di mana-mana saja kita boleh tengok orang yang merokok ni..sebenarnya memang tak berapa selesa dengan orang yang merokok berhampiran kita ni...iya lah tapi nak buat macamana tak kan nak 'sound' orang tu kan..kalau cakap baik-baik pun okay je rasanya tapi ada beranikan? Hahah..rakyat Malaysia ni kadang-kadang bukan boleh tentu perangainya..tak diduga kadang-kadang.. So diam sajalah... Tak pastilah kalau anda berani tegur orang tu untuk merokok jauh sikit dari anda..pernah buat tak?

Perasaan tak selesa terhadap asap rokok ni bertambah apabila ada anak kecil. Baby kot...tak kan la tak fikir nak merokok jauh sikit dari baby tu..adoii geram rasanya..Time macam ni la rasa nak duduk Singapore sebab memang tak boleh merokok in public..terutamanya kedai-kedai makan..ada certain area yang dikhaskan untuk mereka. Jangan jadi macam di negara mana entah tak ingat..pernah baca yang penduduknya memang merokok dalam bas yang ada air cond..hadooiiii kalau 12 jam perjalanan memang nangis la lemas dengan asap rokok dalam bas tu...



merokok membahayakan kesihatan