Friday, 28 August 2015

Doa bangun tidur



Assalamualaikum

& 

a very good morning everyone!


Mari kita mulakan hari ini dengan doa.
Didiklah anak-anak kita dan ahli keluarga kita dengan doa.

DOA DOA




Wednesday, 26 August 2015

Nak Rawat Demam Denggi Tanpa Ubat? Ini Membantu...

Demam denggi adalah sejenis penyakit jangkitan virus yang merebak melalui gigitan nyamuk Aedes aegypti yang telah dijangkiti.

Terdapat empat (4) jenis virus yang boleh menyebabkan demam denggi (DEN 1, DEN 2, DEN 3 dan DEN 4).

Jangkitan oleh salah satu jenis virus akan memberikan imuniti terhadap virus jenis itu sahaja, jika individu tinggal di kawasan jangkitan denggi, mereka boleh di jangkiti lebih dari sekali seumur hidupnya.

Memang panik dan susah hati kalau kita atau salah seorang ahli keluarga kita terkena demam denggi. Segeralah berjumpa dengan doktor kerana tiada ubat yang khusus untuk merawat demam denggi. Di hospital doktor akan 'masukkan' air sentiasa supaya pesakit tidak dehydrated.

Tonton video ini untuk mengetahui bagaimana untuk merawat demam denggi yang insyaAllah akan membantu kita semua.

Thursday, 20 August 2015

Hari Sukan - Allah yang menentukannya

Sabtu lepas sepatutnya my daughter’s kindergarten ada Sport’s Day. In fact Alya memang dah training bagai dengan kawan-kawan kat sekolahnya sebab sukan tu intertadika la kiranya for district level.  Saya pun menyakatnya –jangan jadi macam mail dalam upin upin tau…jatuh masa lari dalam guni. And of course she is excited because she has been watching upin ipin movie especially the Sport’s Day episode for hundred times.

Namun kita hanya merancang Allah yang tentukan. Rupanya saya ‘terpaksa’ ke Surabaya atas tiket lawatan kerja. Then okayla papa yang akan teman Alya ke Sport’s Day. Rupa-rupanya last minute papa kena attend 1 course on the same day in KL. Alamakkkkk…….tiada rezeki Alya untuk ke Sport’s Day. Kesian sangat. Memang rasa bersalah. Tapi pastinya perancangan Allah adalah yang lebih baik pastinya.

Thursday, 30 July 2015

Doa Sakit Kepala, Pening dan Migrain

Migrain atau pening kepala memang perkara normal untuk sesetengah orang di sekeliling kita.
Saya nak share doa untuk migrain atau sakit kepala yang saya jumpa di facebook baru-baru ini.

Bolehlah amalkan apabila perlu.

migrain


Semoga bermanfaat

MAMA ALYA

Monday, 27 July 2015

Demi masa!

Baru-baru ini saya ada komen di salah sebuah blog tentang penulisnya yang lately jarang update blog nya. Wahhhhh senang-senang hati je komen macam tu. Baru lah saya perasan dan sedar yang saya pun sama je 2 x 5. Aduhhh mengata dulang paku serpih!

Konon-konon macam tiada masa untuk update blog/buat entry. Bulan puasa lah...musim cuti sekolah lah....balik rumah mak mertua lah...tu semua alasan je..heheh...

Saya dapat tips dari sifu Shaklee saya, cara untuk dapatkan masa ialah dengan banyak mendekatkan diri dengan Allah SWT.

Sunday, 10 May 2015

Berhenti Merokok Dengan Cepat untuk Selama-Lamanya

Ini bukan first entry saya tentang merokok.

Saya memang berada di dalam keluarga yang merokok so saya tahu bagaimana perasaan orang yang berada di sekeliling perokok - tapi tak terluah dengan kata-kata, nanti menyinggung perasaan pula. Lagipun mungkin perokok memang nak stop merokok dan dah berusaha pelbagai kaedah namun masih tidak berjaya.

Mari kita lihat kisah dan pengalaman Encik Zubir untuk berhenti merokok dan apakah yang membuatkannya berjaya hingga hari ini.

Saturday, 9 May 2015

Jika anda menjadi pengetua, apa yang akan anda lakukan?

Baru-baru ini saya telah diberi tajuk dalam satu perbincangan di sekolah tentang tajuk :
- Jika saya menjadi pengetua, saya akan.....

Haha tajuk ni buat saya tergelak, lama lagi kot nak jadi pengetua...(kalau jadi lah dan layak)..by that time..mesti umur saya dah 50++ hehe...

Saya akan: