Monday, 27 July 2015

Demi masa!

Baru-baru ini saya ada komen di salah sebuah blog tentang penulisnya yang lately jarang update blog nya. Wahhhhh senang-senang hati je komen macam tu. Baru lah saya perasan dan sedar yang saya pun sama je 2 x 5. Aduhhh mengata dulang paku serpih!

Konon-konon macam tiada masa untuk update blog/buat entry. Bulan puasa lah...musim cuti sekolah lah....balik rumah mak mertua lah...tu semua alasan je..heheh...

Saya dapat tips dari sifu Shaklee saya, cara untuk dapatkan masa ialah dengan banyak mendekatkan diri dengan Allah SWT.
Salah satu caranya dengan mengaji Quran tiap-tiap hari at least 1 muka surat. Kalau tiada masa jugak nak baca Quran so bacalah walau 1 ayat sahaja... pendek kata carilah masa untuk baca Quran. Kita sibuk memanjang pun memang urusan dunia ini tak pernah habis. So insyaAllah dengan tips ni saya dan anda boleh dapatkan masa dengan 'lebih bermakna dan bekualiti'.

Semoga bermanfaat.

Mmmuahhhh.





No comments:

Post a Comment