Teringat lagi masa zaman belajar bermula di matrikulasi saya kena senggugut ataupun kita panggil period pain. Masa tu saya pun pelik jugak sebab masa kat zaman sekolah menengah tak pernah kena senggugut pun. Kalau time period biasanya saya memang akan senggugut yang teruk.Then kawan-kawan suggest makan panadol..baru lega sikit rasanya..kalau tak memang tak bermaya je...
Kisah period pain saya diteruskan hingga zaman belajar di universiti...tapi sakitnya kadang-kadang ada kadang-kadang tak ada..on off la kiranya..Then start bekerja memang tak habis lagi rupanya kisah period pain ni...paling saya tak boleh lupa saya sakit yang amat sangat di awal pagi sampai tak boleh nak bangun. Sakitnya yang amat mencucuk-cucuk bahagian bawah perut..belakang pun sama..tu yang tak boleh nak bangun...dah la saya tinggal seorang diri. Saya merangkak ke pintu untuk dapatkan bantuan masa tu..Tuhan saja yang tahu kesakitannya masa tu.
Wednesday, 15 October 2014
Monday, 13 October 2014
Sheikh Muszaphar Shukor datang lagi!
2 minggu lepas Dr Sheikh Muszaphar Shukor telah datang ke sekolah kami buat kali ke-3. First time datang tahun 2008 masa tu dia baru balik dari ISS tu..masa jelajah Malaysia ke sekolah-sekolah. Kiranya laku macam pisang goreng panas masa tu...
Kali ni Dr SMS datang lagi untuk memberi ceramah kepada student Form 4 & Form 5. Elokla jugak sebab SPM pun dah dekat. Harap budak-budak ni adalah suntikan semangat sikit dapat jumpa angkasawan negara... Bukan senang jugak nak jumpa orang-orang terkenal macam Dr SMS ni...public figure...
Sunday, 12 October 2014
Memaafkan itu indah
Saya nak tulis tentang perkara lain...tapi takpela tulis yang ni dulu...
Tentang - MEMAAFKAN-
Pasti ada orang sekeliling anda yang buat salah..paling tidak pun kecikkan hati kita...so..apa yang anda akan buat? Buat tak tahu saja? Simpan dalam hati? Biarlahh...ini hari hang..esok lusa aku balas hang balik....wohohoho... Sebenarnya bukan mudah untuk memaafkan orang lain kan? Boleh je cakap kat mulut- ya saya maafkan awak- tapi dalam hati tak 100% maafkan pun....simpan sikit-sikit dalam hati... orang puteh cakap sepatutnya - Forgive & Forget -
Seorang pelajar saya Z yang sangat baik dan sangat pandai telah pindah ke sekolah lain.. atas sebab yang tertentu.. Baru-baru ni Z contact saya semula berceritakan keadaannya di tempat baru.. terkejut jugak sebab hilang khabar berita.Sedihnya terkenangkan semula masa dia ada dalam kelas saya..dia lah yang tolong saya angkat barang..tolong pasang projektor lah..apple tv lah..tolong pesan pada kawan-kawan info dari saya lah...macam-macam lagi..ringan tulang budaknya....pulak tu dalam kelas sangat aktif membuatkan kelas tu lively. So bila dia pindah kelas tak seceria macam dulu lagi...Sedih dan sebak rasanya...kawan-kawan lagi la terasa...they are like family..
Friday, 10 October 2014
Tips elak meroyan
Harini saya nak share tentang gila meroyan dengan anda semua...
Saya teringat pertama kali saya dengar perkataan ini semasa tingkatan 3..kawan saya cakap maknya gila meroyan..sebab baru lepas melahirkan adiknya.. Saya pelik jugak..boleh gila ke sebab bersalin? Kasihan kawan saya tu..adik beradiknya ramai...semua kerja ayahnya yang tolong buat...Hmmm.. sekarang apabila dah meningkat dewasa barulah saya faham tentang gila meroyan ni macamana..
Apakah gila meroyan?
Gila meroyan adalah gangguan perasaan atau jiwa yang serius. Penyakit ini sering dikaitkan dengan masalah yang dialami wanita sewaktu atau selepas berpantang. Pada tahap ini, seseorang wanita yang mengalaminya mampu melakukan perkara-perkara yang boleh mencederakan dirinya, bayi serta orang di sekelilingnya.
Bagaimanakah untuk mengatasi diri daripada meroyan?
Diari saya
Assalamualaikum semua
Sebenarnya dah beberapa hari ataupun dah seminggu jugak tak update blog ni... so...dah tak nak buat entry pasal apa lagi... tapi memang nak update..di hati meronta-ronta..haaaa macamana tu...Hehe
Dulu masa zaman belajar terutama masa di matrikulasi saya ada diari.
WHAT? ZILA ADA DIARY?
Sebenarnya dah beberapa hari ataupun dah seminggu jugak tak update blog ni... so...dah tak nak buat entry pasal apa lagi... tapi memang nak update..di hati meronta-ronta..haaaa macamana tu...Hehe
Dulu masa zaman belajar terutama masa di matrikulasi saya ada diari.
WHAT? ZILA ADA DIARY?
Thursday, 9 October 2014
Madu menurunkan gula pesakit kencing manis?
Madu
ialah kombinasi pelbagai gula dan mengandungi jenis gula yang jarang didapati
dikenali sebagai levulose. Kelebihannya ia mampu menyerap perlahan-lahan
sehingga ia tidak mempunyai kesan kejutan sebagaimana gula yang lain. Gula yang
lain adalah sukar dikendalikan oleh orang-orang yang mengandungi kandungan gula
yang tinggi atau rendah dalam darah. Seorang doktor perubatan, yang juga pakar
dalam terapi madu, mencadangkan kemungkinan menggunakan madu untuk merawat
orang yang menderita kencing manis!
Monday, 29 September 2014
Vitamin untuk anak yang kurang selera makan
Assalamualaikum wbt
Untuk sesetengah ibu bapa selalu susah hati jugak menghadapi kesukaran bagi anak makan kan? Saya sendiri pun sama pernah mengalaminya.. Iya la kita risau dia tak lapar ke? Bila nak makan? Cukup ke makanan yang dia makan tu? Memilih makan... dan..macam-macam lagi senario anak yang kurang selera makan ni...
Saya sebagai ibu seperti anda juga mestilah risau....
Adakah anak anda juga dalam kategori ini?
Untuk sesetengah ibu bapa selalu susah hati jugak menghadapi kesukaran bagi anak makan kan? Saya sendiri pun sama pernah mengalaminya.. Iya la kita risau dia tak lapar ke? Bila nak makan? Cukup ke makanan yang dia makan tu? Memilih makan... dan..macam-macam lagi senario anak yang kurang selera makan ni...
Saya sebagai ibu seperti anda juga mestilah risau....
Adakah anak anda juga dalam kategori ini?
Subscribe to:
Posts (Atom)




