Friday, 8 May 2015

Guna iPad dalam kelas?

Saya pernah cerita tentang penggunaan iPad dalam kelas saya sebelum ni. Bukan sengaja nak guna atau apa....tapi dah diberi peluang oleh pihak sekolah so saya gunakan ruang dan peluang ini sepenuhnya. Ada beberapa orang guru di sini yang terpilih untuk mendapat iPad...dan semua orang pelajar di kelasnya. So bukan semua guru dan pelajar lah. Dengan itu sekolah kami digelar Smart School. 

Memang tak pernah imagine nak guna iPad or whatever teknologi yang canggih-canggih pun dalam kelas. Even dalam kehidupan seharian pun saya bukannya jenis yang up to date to latest technology. Namun itu bukan alasan untuk memajukan diri. Dan Alhamdulillah saya telah diiktiraf oleh Apple sebagai Apple Distinguished Educator setelah melalui proses pemilihan dari serata dunia.Ramai yang nak tahu bagaimana keadaan di dalam kelas saya. HehehJom kita tengok.










Coollllll kan??? Hehe

Antara sebab yang bagus (sudah tentu yang tak bagus pun ada) ada iPad di dalam pembelajaran yang saya suka:

1- students boleh share knowledge/interactive apps yang boleh tingkatkan kefahaman sesama mereka.

2- students boleh lebih faham sebab ada thousands of apps dalam iPad tu yang boleh bantu mereka faham lebih jelas dan relate dengan dunia realiti berbanding kaedah chalk and talk oleh guru.

3- iTunes U : guru create iTunes U course untuk beri instructions/compilations of materials yang ada untuk students. So students boleh study sendiri based on their own pace. Tak perlu nak terkejar-kejar.

4- Students boleh buat discussion sesama rakan dan guru di dalam 'Discussion' iTunes U at anytime and anywhere- bukan di dalam kelas sahaja.

5- teknologi 'memberi suara' kepada students untuk interact di dalam kelas. Biasanya hanya students yang aktif akan bersuara. Namun, dengan iPad, semua orang boleh berhubung melalui apps yang tersedia.

Ini adalah antara faedahnya sahaja. Ada banyak lagi faedah sebenarnya. 
Apapun pada pandangan saya, teknologi hanyalah alat untuk membantu pengajaran dan pembelajaran. Sudah tentulah faktor kejayaan pelajar datangnya dari seorang guru. Maka guru lah yang paling penting perlu bijak menggunkan teknologi untuk membantu pelajar-pelajarnya.









No comments:

Post a Comment