Benarkah susu ibu yang terbaik?
Benar, susu ibu atau susu badan adalah makanan terbaik untuk bayi anda. Tanyalah mana-mana pakar kesihatan dan mereka akan mengatakan bahawa cara yang paling sihat untuk memberi makan kepada bayi baru lahir ialah dengan menyusukan bayi anda. Bayi yang diberi susu badan sejak lahir kurang berkemungkinan jatuh sakit dalam tahun pertamanya.
Penyusuan susu ibu sebenarnya melibatkan psikologi dan juga
fizikal.
Berikut adalah beberapa tip persediaan untuk
menjayakan penyusuan susu ibu:
- Amalkan sikap yang positif dan yakin bahawa anda boleh dan akan berjaya
- Rancang berapa lama anda mahu menyusukan bayi. Sama ada 1 tahun ke..2 tahun ke..6 bulan je ke...
- Bercakap dengan suami dan jika boleh, hadiri ceramah penyusuan susu ibu atau kelas antenatal di mana penyusuan diajar bersama-sama. Biasanya hospital rakan bayi seperti di tempat say Hospital Ipoh, Hospital Pantai Puteri memang ada buat program penyusuan macam ni.. So check it out ya di kawasan anda.
- Libatkan diri anda dengan orang-orang yang menyokong penyusuan susu ibu. Jangan tawar hati dengan komen-komen negatif daripada mereka yang kurang memahami atau mempunyai tanggapan yang salah berkenaan penyusuan susu ibu.
- Berbincanglah dengan doktor anda berkenaan penyusuan susu ibu.
- Berbuallah dengan ibu yang berjaya menyusukan bayinya. Kongsi pengalaman bersama.
- Berbincanglah dengan kumpulan sokongan penyusuan ibu dan konsultan laktasi.
· Banyakkan lah membaca tentang penyusuan susu ibu.
Pengalaman pertama mengandung anak sulung saya memang baca banyak buku/bahan
bacaan..maklumla banyak masa terluang…tapi sekarang nak pegang buku pun takde
masa….hihi
Buat perancangan
- Maklumkan kepada suami dan ahli keluarga tentang keputusan anda untuk menyusukan bayi
- Minta supaya bayi tidak diberikan air atau susu formula kecuali atas sebab perubatan
- Bayi tidak sepatutnya diberikan puting kosong kerana ini boleh menyebabkannya keliru puting dan tidak mahu menyusu dari payudara ibu. Ada ibu bapa yang bagi anaknya putting kosong sebab taknak anak tu menangis..What????
Anda juga perlu
memaklumkan kumpulan penjagaan kesihatan:
• Pastikan
mereka tahu yang anda mahu menyusukan bayi sejurus selepas selamat melahirkan
bayi.
• Minta bayi
tinggal sebilik dengan anda di hospital supaya anda boleh berada bersamanya dan menyusukannya
apabila dia lapar.
Berikut adalah beberapa sumber yang boleh
membantu anda:
Laman web:
– http://www.nutriweb.org.my
– http://www.mymomsbest.com
– http://www.waba.org.my
Luangkan masa untuk melayari laman-laman web yang lain tetapi jika anda
terbaca nasihat yang tidak konsisten dengan apa yang terkandung di dalam panduan
ini, semaklah dengan doktor anda.
Contoh Buku:
– Helping
Mothers to Breastfeed oleh F. Savage
King
– Feed
Your Child Right: The first nutrition guide for Asian parents oleh Lynn Alexander & Yeong Boon Yee
– The
Total Child: The Parent’s Guide To Child Health & Nutrition From Pre-Birth
Through The Preschool Years diterbitkan
oleh Persatuan Pediatrik Malaysia dengan
kerjasama Persatuan Pemakanan Malaysia.
Jangan terlau fikirkan yang bukan-bukan..contoh: ada ke susu nanti? pandai ke baby tu hisap susu? dan macam-macam lagi...
Untuk stok susu yang banyak saya sendiri amalkan suplemen Shaklee. Alhamdulillah memang berjaya susukan anak sulung saya hingga 2 tahun!
Terdiri daripada :
B-COMPLEX: Menukarkan makanan menjadi tenaga
ALFALFA: Raja segala tumbuhan dengan pelbagai manfaat yang kaya dengan nutrisi dan mineral.
No comments:
Post a Comment