Wednesday, 11 June 2014

Hakikat Soya Yang Perlu Anda Tahu




Soya oh soya..

Soya adalah antara makanan yang dilanda kontroversi paling hangat di dunia barangkali. Soya boleh jadi SANGAT BURUK, dan SANGAT BAIK, bergantung kepada siapa yang kita tanya tentang soya. Ia boleh jadi superfood, dan boleh jadi makanan penyebab penyakit kronik, bukan itu saja, malah menjadi salah satu dalam agenda kaum Yahudi Laknatullah.

Penelitian terhadap soya memberi argumen untuk kedua-dua pendapat ini… Jom teruskan pembacaan.


Kacang soya berasal dari Asia Timur (China, Jepun) dan sekarang diusahakan secara besar-besaran di US. Namun begitu, 90% dari tanaman soya yang diusahakan di Amerika adalah dari jenis GMO (genetically modified organism) dan juga disembur dengan pelbagai racun serangga, racun rumpai dan sebagainya.

Soya dimakan dengan pelbagai cara (tapi tak boleh makan mentah-mentah), misalnya dimakan secara terus selepas direbus, yakni edamame yang biasa didapati di kedai sushi; tofu; yang menjalani proses penapaian seperti natto dan tempeh; minuman soya dan pelbagai lagi.

Di Amerika, kacang soya tidak dijadikan bahan makanan secara meluas, kebanyakan kacang soya di US diproses menjadi minyak soya. Dan biasanya dari sisa pembuatan minyak soya inilah yang diproses menjadi makanan berasaskan soya, termasuk minuman soya!

Jadi tidak hairanlah kalau produk soya yang dihasilkan itu bukan lagi makanan sihat, tapi sebaliknya HAMPAS, dan ditambah dengan pelbagai ‘added vitamin’, ‘enriched with vitamin’ dan sebagainya.
Malah, produk soya yang namanya minyak soya adalah hasil dari pengekstrakan kacang soya dengan menggunakan larutan bahan kimia heksana. Heksana adalah sejenis pelarut yang diperbuat dari minyak petroleum yang banyak digunakan dalam industri pembuatan makanan termasuklah penghasilan minyak dari tumbuhan!

Salah satu bahan dalam soya yang dianggap sangat berbahaya kepada kesihatan adalah estrogen yang terdapat dalam soya dalam bentuk phytoestrogen. Banyak kajian terhadap estrogen atau hormon wanita menunjukkan pengambilan estrogen memberi kesan yang buruk kepada fungsi normal hormon estrogen dalam tubuh manusia. Namun. kajian2 tersebut dibuat ke atas estrogen semata-mata, bukan ke atas soya. Kajian yang dibuat ke atas bekas pesakit kanser payudara di China pula menunjukkan sebaliknya! Pengambilan soya tidak memberi kesan negatif kepada penderita kanser tersebut.

Proses penapaian (fermented) dikatakan menjadi punca kenapa soya tidak memberi kesan negatif kepada kesihatan penduduk Jepun. Namun begitu, orang-orang China tidak menjalankan proses tersebut ke atas soya makanan mereka, dan memiliki tahap pengidap kanser yang rendah. Kajian juga menunjukkan tiada beza antara soya yang ditapai atau tidak ditapai.

Terdapat satu kajian ke atas wanita yang diberi bahan makanan ekstrak dari soya, yang mana menunjukkan meningkatnya sel efitelial yang berkaitan dengan kanser payudara dalam tubuh mereka. Manakala satu lagi kajian yang mana sekumpulan wanita diberi makan soya yang tidak menjalani proses seperti di atas, menunjukkan penurunan risiko mendapat kanser payudara.

Ternyata soya sebenarnya bukan tidak bagus, tapi cara ia dihasilkan (GMO) dan cara ia diproses (menggunakan bahan kimia, hanya ambil hampas, etc) menjadikan soya sejenis makanan yang berbahaya!
Maka, pilihlah produk soya yang bukan GMO dan tidak menjalani proses yang mengurangkan khasiat sebenar soya, serta makanlah dengan besederhana.

Untuk mendapatkan maklumat tentang soya, sila dapatkan dari pelbagai pihak, dan pelbagai bahan  bacaan. Jangan hanya mendapatkannya dari penjual produk soya, dan jangan hanya mendapatkannya dari mereka yang anti-soya. Sebaliknya dapatkan bukti-bukti dari kajian yang telah pun dilakukan. Dari banyak kajian yang dibuat, kebanyakan kajian terhadap bahan dalam soya yang dikaji secara isolated (contohnya, dalam soya ada isoflavone, yang dikaji cuma isoflavone saja) memberi keputusan yang negatif. Manakala kajian terhadap pengambilan soya yang lebih baik (bukan makan/cucuk isoflavones semata-mata misalnya) memberi keputusan positif.


Apa-apa pun, nilai dengan ilmu, bukan emosi. Walaupun soya tidak terdapat dalam resepi masakan Timur Tengah (mungkin iklim tidak sesuai untuk ditanam di sana), namun ia tidak tertulis di mana-mana sebagai haram.


No comments:

Post a Comment